Showing posts with label persahabatan. Show all posts
Showing posts with label persahabatan. Show all posts

29.6.14

Puasa Gaya Rasulullah S.A.W

Gambar Hiasan by Kozumi
Sahabat yang dihormati Allah, Ramadhan yang kita nanti-nantikan telah tiba untuk sekali lagi kita berada di dalamnya. Ini tanda Allah masih sayang kepada hamba-hambanya dengan memberi sekali lagi peluang untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini.

Berpuasa adalah aktiviti terpenting dalam bulan ini.


Persoalannya; bagaimana tips-tips yang diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk puasa kita dinilai tinggi oleh Allah? Mari kita telusuri satu persatu.

Menyambut Kekasihku, Ramadhan..





Tanpa terasa, waktu demi waktu berlalu dengan cepatnya, dan berapa hari lagi bulan suci Ramadhan akan tiba kembali lagi. Kehadirannya memberi harapan dan semangat kepada setiap Muslim, kerana ia akan membawa kenikmatan jiwa dan rohani dalam kehidupan ini.

Dalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini, orang-orang beriman menyambutnya dengan rasa gembira kerana kekasihnya Ramadhan akan datang, sehingga perintah shaum (puasa) yang diwajibkan Allah pada bulan itu dapat dilakukannya dengan baik.
Nabi Muhammad Saw bersabda;


"Siapa yang bergembira menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan, Allah mengharamkan tubuhnya disentuh oleh api neraka" (Al-Hadis).



Tetapi ada juga orang yang menyambut bulan suci Ramadhan dengan perasaan tidak senang, sebab kedatangannya dianggap akan merugikan dirinya. Juga mengekang kebiasaannya yang dilakukannya di luar bulan Ramadhan, seperti makan dan minum di siang hari, merokok, dan sebagainya.

28.6.14

Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?

cinta pertama, rasa yang sukar dilupakan..
Bagaimana menghapuskan Rasa Cinta pertama yang menghantui diri?

Rasa cinta tidak mudah dihapuskan.

Apatah lagi cinta pertama. Hal ini memang menyesakkan apabila kita kita berusaha mengatasinya. Apabila bayangannya kembali dalam memori, bahkan sering menghantui mimpi-mimpi.

17.5.14

Hakikat laut menurut al-Quran

Lautan 
SEJAK kehilangan dan misteri pesawat MH370 yang dinyatakan berakhir di selatan Lautan Hindi, para penyelidik antarabangsa menumpukan perhatian ke lokasi koridor tersebut.

Berikut kita merungkaikan mengenai tragedi itu menurut perspektif al-Quran serta kajian saintis berkenaan dengan misteri dan hakikat laut serta pendapat para ulama Islam.

Informasi terkini dalam ilmu kelautan: Satu, laut terbahagi dua bahagian besar iaitu permukaan yang tercampur dengan energi dan sinar matahari; dan laut dalam di mana energi dan sinar matahari tidak lenyap. Dua, laut permukaan dan laut dalam berbeza dari segi suhu, massa, tekanan dan tingkatan cahaya matahari serta biota-biota yang hidup di dalamnya. Kedua-dua laut ini dipisahkan dengan gelombang dalam.

27.4.14

Persoalan takdir dalam kehidupan insan

Akar Persoalan Takdir

Perbahasan mengenai persoalan takdir ini perlu diberi perincian yang khusus dan teliti serta berhati-hati supaya kita tidak terjerumus ke dalam pemikiran aliran Jabariah, Qadariah mahupun Mu'tazilah tanpa kita sedar !

Jabariah menekankan konsep bahawa segala perkara yang terjadi di dunia ini merupakan suratan dan telah ditakdirkan ALLAH secara total, manakala Qadariah telah meletakkan hak dan kebebasan mutlak diberikan kepada manusia dalam ruang lingkup kehidupan manusia dan terlepas dari kehendak ALLAH.

21.3.14

Fasobrun Jamil, Maka bersabarlah dengan sabar yang indah

Only God is Enough for Me
Tahanlah marah itu dengan sabar.
Bak kata Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, "Teori memang mudah, praktikal nya?, kita sendiri yang sedang hadapi situasi tu yang tau"

Sabar itu indah.

Beautiful.


No suffer afflicts us beyond our capability.

Hadapi je segala ujian. Berjaya itu pun ujian, Kurang berjaya pun ujian.

Kerana hidup ini memang ujian.

16.2.14

Formula Untuk Redha

'Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman'.Ali Imran ayat 139


Bicara tentang formula redha, saya sendiri seakan tergagap untuk berbicara tentang, sedang diri sendiri masih bersoal jawab dengan hati sendiri.

9.2.14

Doa Agar Mudah Tidur

Tidur Nyenyak Dan Tenang


اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ

يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي


Maksudnya : Ya Allah , telah malap bintang-bintang , dan telah tenang mata-mata manusia , dan Engkau maha berkuasa , Wahai yang Maha Berkuasa , lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .

Doa Supaya Mudah Tidur


Keterangan & Petua Beramal


Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa di atas .

Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi saw ini .

Menurut pengarang buku Doa & Rawatan pesakit, doa ini boleh dibacakan pada pesakit dan air. Caranya iaitu, letakkan tangan kanan atas dahi semasa membaca doa dan tiup kedua belah biji matanya.

Air yang telah dijampi dengan doa ini boleh digunakan untuk diminum dan untuk mandi.

2.2.14

Bila Allah Menduga, Mengapa Tiada Seorang Pun Yang Memahami Kita?

Bila Allah menduga, maka bersabarlah :’) | Consumed by Alephunky
Kekadang tu kita rasa,
‘Argh!!!! kenapa tiada seorang pun yang boleh memahami aku??’, Kenapa aku dilabel dan terlabel? Kenapa aku itu..kenapa aku ini?

Lantas kita tak senang duduk, giat mencari sumber ‘pengaduan’. kita mengadu sana sini perihal ujian dan dugaan yang melanda kita pada orang lain.

4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari!

Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dahpun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali.

Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?

Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke?

18.12.13

Mohon Maaf Atas Segala Kesalahan

Memang, melupakan sekaligus memaafkan kesalahan orang lain termasuk perbuatan yang sangat berat. Seolah-olah pekerjaan memindahkan sebuah gunung dan bukit. Apalagi luka yang mereka ukir di dalam sanubari kita begitu dalam dan lebar. Sepertinya mudah di ucapkan tapi tidak semua orang mampu melakukan dengan ikhlas.

Namun kita tetap di tuntut untuk memaafkannya, terlebih ketika dia sudah meminta maaf kepada kita .

Mengapa demikian? Bukankah kita ketika berbuat salah juga ingin dimaafkan? Kerana itu maafkanlah dia.

1.12.13

Teman, Hargaila Hadiah Ini

Hadiah | day sixty four by Rona Keller
Sinar mentari memancarkan sinarnya tepat masuk ke bilik itu. Matahari sudah menampakkan wajahnya. Burung-burung bebas berterbangan, berkicauan hebatnya. Selamat pagi semua. Alhamdulillah! Akhirnya, masih bernyawa lagi. Alhamdulillah, nikmat untuk melihat dunia masih Allah beri lagi. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Aha, hari ini apa yang perlu dilakukan? Mula berkira-kira aktiviti yang ingin dilakukan. 21 April? Mata melihat kalendar di dinding.

16.11.13

Menggali Hikmah Disetiap Kejadian Dan Setiap Siri Kesedihan

Menggali Hikmah by  Ryandonnelly
Tidak salah bersedih, tetapi perlukah kita tunjukkan?

Menangis? Adakah kita mahu dilihat oleh orang ramai?

Jangan biarkan perkara itu menimpa kita, sahabat. Jangan nampakkan kesedihan kita. Teruskan melangkah. Tatap masa hadapan dengan penuh keyakinan.
Teruskan tersenyum dan tunjukkan kita sedang bahagia.

Waktu itu kekuatan mental kita diuji. Adakah kita kuat menghadapinya ataupun jatuh tersungkur dan terkulai. Berusahalah untuk tidak menunjukkan kesedihan!

30.4.13

Segalanya Bermula Dari Hati


"Hasbunallah wani'mal wakil nikmal maula wanikman nasir"

maksudnya:

"Allah telah mencukupkan segala sesuatu bagiku. Dan sebaik-baik tempat kuserahkan diri adalah kepada Allah. Dialah sebaik baik Penjaga dan sebaik- baik Penolong."

Kalau kita terlalu sensitif dan cepat kecil hati selalunya kita kurang yakin diri dan tiada fokus tepat dalam hidup. mereka yg kuat fokusnya tidak akan di kacau oleh benda remeh yang melambatkan pencapaian apa yg difokus. Jangan sedih kerana cemuhan manusia. Ini amalan sia sia. Carilah di mana kita berada dan apa kita buat. Lihat orang dengan penuh kasih sayang itu kita akan dapat.

Manusia yang hidup dengan dahagakan penghargaan manusia, hidup dalam keladak arus kehidupan. Na'uzubillah.

Pemikiran - emosi - tindakan - tindakbalas
Pemikiran dihasilkan dari 2 jenis minda. (Minda sedar dan minda bawah sedar). 95% idea dihasilkan dari minda bawah sedar, 5% dari minda sedar. Minda sedar ialah kita membuat sesuatu dengan sedar, contohnya membaca status saya waktu ni. Minda bawah sedar ialah tabiat, akhlak yg tercetus hasil dari apa yang dilihat, gambaran dan perkataan yang berulang-ulang.

Sebenarnya bila kita meminta orang lain menyelesaikan masalah kita, kita tertipu. Masalah kita bukan diselesaikan oleh orang lain, ia dari dalam dan minda kita dan kita yang membuat masalah dengan pilihan kita.

Apabila ada orang yang datang mengadu masalah kepada kita, Jangan kita masuk kedalam masalah orang tersebut. Sebaliknya, kecilkan masalah tersebut dan luaskan pemikirannya, lapangkan dadanya supaya melihat masalah tersebut dengan pemikiran yang positif.

Orang yg positif akan melihat masalah dengan pemikiran yang positif sebab pemikirannya lapang dan luas. Perumpamaanya, kita akan berasa takut apabila lipas berada dalam bilik kecil, tetapi apabila lipas berada dalam kawasan yang luas, kita tak takut sebab kawasan lapang dan luas.

26.1.13

Marah & Memaafkan

Semua orang pasti pernah marah. Kerana marah merupakan sifat fitrah yang dimiliki oleh semua manusia. Bohong besar jika ada orang di dunia ini yang mengaku dirinya tidak pernah marah.

Secara amnya, manusia diciptakannya sebagai makhluk yang bersosial yang sentiasa berinteraksi dengan orang lain, sangat mungkin terjadinya perbezaan pendapat dan watak yang boleh memicu kepada kejengkelan dan kemarahan. Hal ini sangat sangat biasa, terutama dalam kehidupan rumah tangga, perselisihan suami isteri seringkali tak boleh dihindari.

2.1.13

Kehilangan Adalah Ujian Cinta Allah..


Alone with silence
Kehilangan adalah salah satu jalan kehidupan. Kita takkan merasa kehidupan tanpa merasa kehilangan”

Kehilangan pernah menimpa Nabi Ayyub A.S. Baginda kehilangan kekayaan, dan orang-orang yang disayanginya. Tidak hanya itu sahaja, baginda juga menderita penyakit yang menjangkiti seluruh tubuhnya. Sehingga baginda berdoa, “Ya Allah, penyakit ini boleh jadi menjangkiti seluruh tubuhku. Tetapi ya Rabb, jangan sehingga penyakit ini juga menjangkiti hati dan mulutku, biarlah aku masih mampu berzikir kepada-Mu.”

Subhanallah…

Begitulah ketabahan Nabi Ayyub. Baginda ikhlas atas kehilangan kesihatan dan penyakit yang dihidapi yang menyebabkan semua orang jijik melihatnya.

30.12.12

Tinta Indah Penguat Jiwa

Bismillahirrahmanirrahim..

Tercoret tinta ini memadahkan rahsia qalbu. Hati...tidak siapa tahu. Tidak siapa mengerti, disimpan juga tidak membawa makna. Kepada yang Haq ia berbicara. Melagukan bicara yang terkadang sumbang lakunya. Bicara pada manusia juga tidak mengurang resah.

HIDUP ini adalah suatu perjalanan. Penuh erti, penuh ranjau, penuh duri.. Namun bukan sakit tertusuk duri itu yang penting tetapi nikmatnya apabila duri itu tercabut dari daging. Bagaimana ia dikeluarkan juga betapa ianya penting. Sakit, meraung.. tetapi jangan berhenti mengeluarkannya. Kelak menjadi bisa yang tidak terawat. Dan setelah itu bersyukurlah dengan segala kehendakNya. Sakit tertusuk duri itu mungkin sahaja penyucian kifarah yang dilakukan. Mungkin juga mehnah dari Yang Esa untuk mendidik hati bertabah serta mensyukuri setiap kejadian tanpa keluhan.

20.12.12

Ada Hilkmah

“sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan” (al-insyirah : 6)

Apabila, ada orang datang mengadu pada kita tentang masalah dia, pelbagai cara kita boleh kata. lama mana pun kita sanggup tadah telinga. seluas luasnya kita berlapang dada. nasihat, saranan, kata kata, cukup lengkap boleh kita hulur.
Tapi, bila tiba masa kita, kita tak berupaya hatta pujuk diri sendiri. orang yang melihat akan banyak berkata, tabahlah, kuatlah, bangkitlah, tapi sungguh takkan sama dengan apa yang kita rasa.
 serius. takkan sama. mungkin kita boleh tipu mereka dengan senyuman yang pahitnya hanya kita tahu. mungkin boleh kita sorok, padahal air mata dah tak upaya nak keluar lagi, mungkin boleh kita palsukan dengan kata kata,

“takpe, aku okay. terima kasih ye”


padahal hati dah koyak rabak, sepi dan mungkin dah takda dalam diri.


Masa tu, kita akan lebih banyak diam. fikir balik. reflek diri.

Kenapa aku diuji? kenapa, AKU?
Lalu, masa tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak diuji, ada ke kita nak duduk diam diam, sorang sorang, fikir balik apa tujuan hidup ini? mungkin tak, kerana kita tak rasa keperluan dan kebergantungan kita pada Allah, kita lupa, yang mengizinkan segalanya terjadi adalah DIA. saat diri diuji, hati akan lebih lembut. Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah.
Saat itulah solat, doa , segala ibadah kita, kita lakukan sepenuh hati, seikhlas mungkin kerana saat diri diuji baru kita sedar, betapa kerdil diri ini. Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan. Ujian sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk kita agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang diberi sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati. Ujian sebenarnya, untuk buat kita sedar dari mimpi. Mimpi yang bakal disoal nanti.
Kenapa AKU yang diuji?

Ujian itu sebenarnya  MANIS
Mungkin kerana, kita banyak lupa pada Illahi? mungkin untuk menguatkan kembali iman dalam diri? mungkin, bila mana ada orang datang dan berkongsi masalah diri, kita akan lebih memahami, kerana kita pernah mengalami?
Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya, dan ketahuilah bahawa hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yang tergalas di bahu kita.
Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan. kuatlah wahai diri, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan hamba hambaNya.
Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap

Perkongsia Artikel Dari  - 
Twinkle Bluestarz


Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”

[Riwayat Al-Tabrani]


Huraian:

1) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.

2) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.

3) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Berpada-padalah Apabila Bergurau..

Dari Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bersabda “Seseorang mukmin belum sempurna imannya hinggalah ia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan bertengkar sekalipun benar.”
[Ahmad dan at-Tabrani]

Huraian :
1.Bergurau janganlah melampaui batas kesopanan hingga menyakiti atau menghina sehingga menyebabkan dukacita dan sebagainya.

2.Banyak bergurau boleh menyebabkan hati seseorang mati dan mengurangkan kehebatan bahkan bergurau dengan cara mengolok-olok, mengumpat, menghina, menjatuhkan maruah boleh mendatangkan dosa sama ada orang yang melakukannya itu menyedarinya ataupun tidak.

3.Selaku seorang Islam kita haruslah berlapang dada (toleransi) dalam menghadapi perbedaan pendapat di mana Islam melarang kita bertengkar hingga menyebabkan timbulnya pertikaian dan saling berhujjah, mengkafirkan atau menganggap yang lain halal darahnya (bunuh-membunuh).