1.12.13

Teman, Hargaila Hadiah Ini

Hadiah | day sixty four by Rona Keller
Sinar mentari memancarkan sinarnya tepat masuk ke bilik itu. Matahari sudah menampakkan wajahnya. Burung-burung bebas berterbangan, berkicauan hebatnya. Selamat pagi semua. Alhamdulillah! Akhirnya, masih bernyawa lagi. Alhamdulillah, nikmat untuk melihat dunia masih Allah beri lagi. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Aha, hari ini apa yang perlu dilakukan? Mula berkira-kira aktiviti yang ingin dilakukan. 21 April? Mata melihat kalendar di dinding.



Eh, hari ini? Tarikh lahir teman baiknya. Teman dari zaman sekolah lagi. Dalam fikiran mula terfikir apakah hadiah yang ingin diberikan kepadanya nanti.

Seusai tamat kerja hari itu, kakinya bergegas melangkah laju. Geram! Mengapa tidak teringat membeli hadiah untuk temannya sewaktu keluar makan tengah hari tadi? Ini, sudah terlewat. Sempatkah untuknya keluar mencari hadiah?

Langkahan kaki masih teratur tapi semakin laju. Oh, mudah-mudahan sempatlah.

Alhamdulillah, perkataan pertama mucul di bibirnya.

Phewww~ Akhirnya, sempat juga. Nasib la kedai ini tidak tutup lagi. Senyuman di bibirnya mula kelihatan. Selamat Hari Lahir teman. Moga kau suka akan hadiah ini. Itu harapannya!


Hari ini adalah hadiah!

Aha, dah bangun tidur? Biasa je kan. Tidur malam tadi, bangun tidur pagi ini. Biasa je. Hari-hari akan ulang perkara yang sama. Bangun tidur. Mandi. Solat subuh. Sarapan. Pergi kerja. Solat Zohor. Balik kerja. Solat Asar. Rehat. Solat Maghrib dan Isya’. Tidur. Itu saja benda yang akan diulang.

Mungkin akan ditambah aktiviti lain jika ada kerja tambahan. Yang lain-lain, rasanya sama saja. Kalau beza pun, jumpa orang yang berbeza. Topik yang berbeza kalau dibincangkan. Makan nasi lauk beza-beza.

Namun, sedar tak kawan-kawan? Sedar tak yang hari ini adalah hari yang baru. Hari yang indah & hari yang layak untuk kita menikmatinya dengan baik. Sebagai hamba-Nya, yang destinasi hidupnya menuju Allah, mengharapkan redha dan cinta-Nya, sudah pasti menganggap hari ini adalah hadiah.

Nak tau sebabnya? Sebabnya, Allah dah kurniakan hari yang indah dan sebagai tanda rahmatNya buat hambaNya.

Setiap hari Allah izinkan untuk kita melihat dunia. Tidakkah ianya satu hadiah? Benar, kerana saban waktu pasti ada saja kesalahan yang kita lakukan tanpa kita sedar. Namun, dengan kasih sayang dan rahmatNya, Allah masih membangunkan kita di pagi hari.

Untuk apa? Untuk kita hargai nikmat ini dan bersyukur dengan segala pemberian dariNya. Aha, siapa agaknya yang benar-benar menghargai hari-harinya?

Apa kaitan hari dengan hadiah kepada teman tadi?

Aha, persoalan ini akan di rungkaikan. Cuba kawan-kawan jawab dulu persoalan ini. Suka tak kalau hadiah yang kita bagi pada kawan kita dibuang begitu sahaja? Ermmm…pasti jawapannya TIDAK bukan?

Iyela, siapalah yang suka. Penat-penat kita fikirkan hadiah apa nak bagi pada dia. Penat-penat kita keluar masuk kedai nak cari hadiah apa yang sesuai untuk dia. Last-last, senang-senang je dia nak buang.

Pheww~ Panas je hati kita kan. Bukan nak hargai pemberian orang. Dibuang lagi adalah.

Aha, nampak tak? Itu kita. Kita akan marah kalau kawan buang hadiah yang kita bagi. Lagi panas hati, kalau hadiah tu dibuang depan mata kita. Mahu dimarahnya balik bukan?

Haii, tapi itulah kita. Lumrah seorang manusia. Namun, kita kadangkala tidak pun sedar yang kita pun sedang membuang pemberian dari Allah. Iye, hadiah dari Allah. Kita buang macam tu je. Itu kita tak sedar.

Allah dah beri pada kita hari yang baru untuk kita tebus kesalahan yang kita lakukan semalam. Tapi, hari ini apa yang kita buat? Buang masa, buat masalah… Semua kita buat. Sebenarnya, kita pun sama je dengan sikap sahabat kita tadi.

Kita telah membuang hadiah yang Allah bagi tanpa kita menghargai secebis pun. Subhanallah! Terpana rasanya. Banyak sungguh kesalahan yang dilakukan tapi tidak langsung menghargai hari-hari yang Allah dah bagi ini. Malu pula rasa terhadap diri sendiri!

Jom kawan-kawan. Jom. Jom kita hargai hadiah ini. Hadiah HARI INI. Sebab, mukmin yang baik adalah orang yang selalu menghargai apa yang Allah beri padanya.

Jom, kita jadikan hari ini satu peluang untuk lebih banyak melakukan kebaikan. Senyum pada orang. Bantu orang lain. Dan banyak lagi kebaikan yang boleh kita buat. Jangan lagi kita bazirkan masa dan hari ini.

" Sebab, HARI INI adalah hadiah!! Jom hargai hadiah dari Allah ini! Syukur Allah. Terima kasih atas segalanya!

# Artikel adalah perkongsian dari  Ainatul Zuhrah bt Aladdin (ayna’s blog)
    Semoga memberi manfaat kepada yang membaca =)

No comments:

Post a Comment