Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

29.6.14

Puasa Gaya Rasulullah S.A.W

Gambar Hiasan by Kozumi
Sahabat yang dihormati Allah, Ramadhan yang kita nanti-nantikan telah tiba untuk sekali lagi kita berada di dalamnya. Ini tanda Allah masih sayang kepada hamba-hambanya dengan memberi sekali lagi peluang untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini.

Berpuasa adalah aktiviti terpenting dalam bulan ini.


Persoalannya; bagaimana tips-tips yang diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk puasa kita dinilai tinggi oleh Allah? Mari kita telusuri satu persatu.

Menyambut Kekasihku, Ramadhan..





Tanpa terasa, waktu demi waktu berlalu dengan cepatnya, dan berapa hari lagi bulan suci Ramadhan akan tiba kembali lagi. Kehadirannya memberi harapan dan semangat kepada setiap Muslim, kerana ia akan membawa kenikmatan jiwa dan rohani dalam kehidupan ini.

Dalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini, orang-orang beriman menyambutnya dengan rasa gembira kerana kekasihnya Ramadhan akan datang, sehingga perintah shaum (puasa) yang diwajibkan Allah pada bulan itu dapat dilakukannya dengan baik.
Nabi Muhammad Saw bersabda;


"Siapa yang bergembira menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan, Allah mengharamkan tubuhnya disentuh oleh api neraka" (Al-Hadis).



Tetapi ada juga orang yang menyambut bulan suci Ramadhan dengan perasaan tidak senang, sebab kedatangannya dianggap akan merugikan dirinya. Juga mengekang kebiasaannya yang dilakukannya di luar bulan Ramadhan, seperti makan dan minum di siang hari, merokok, dan sebagainya.

Pelajaran Dari Puasa

The Simple Things by Diego (Devianart)
Sebenarnya banyak perkara yang ingin Allah tunjukkan kepada kita yang kerdil ini dalam amalan berpuasa

Antara hikmah tersirat yang terpenting dalam menahan dahaga, lapar dan nafsu ialah minda kita kurang melayang ketika berpuasa kerana dahaga, lapar dan nafsu.

Oleh kerana itu, emosi kita lebih tenang, kerana minda tiada masa untuk bersangka buruk, memikirkan perkara – perkara yang lepas, membayangkan masa depan yang menakutkan kita kerana sibuk menahan dahaga, lapar dan nafsu secara tidak sedar dan sedar.

Checklist Persediaan Menyambut Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.

28.6.14

Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?

cinta pertama, rasa yang sukar dilupakan..
Bagaimana menghapuskan Rasa Cinta pertama yang menghantui diri?

Rasa cinta tidak mudah dihapuskan.

Apatah lagi cinta pertama. Hal ini memang menyesakkan apabila kita kita berusaha mengatasinya. Apabila bayangannya kembali dalam memori, bahkan sering menghantui mimpi-mimpi.

8.6.14

Reda ibu bapa penentu bahagia anak

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya, “Siapakah manusia yang berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya? Baginda berkata: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda berkata: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda berkata: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda berkata: Ayahmu.” (Sahih al-Bukhari).

Kasih sayang dan cinta seorang ibu kepada anaknya tidak akan terbalas serta tidak ternilai dengan apa pun. Perjuangan seorang ibu untuk anak sangat luar biasa. Ketulusan dan kesabarannya menjaga anak sejak dalam kandungan hingga dewasa tidak terbalas.

17.5.14

Hakikat laut menurut al-Quran

Lautan 
SEJAK kehilangan dan misteri pesawat MH370 yang dinyatakan berakhir di selatan Lautan Hindi, para penyelidik antarabangsa menumpukan perhatian ke lokasi koridor tersebut.

Berikut kita merungkaikan mengenai tragedi itu menurut perspektif al-Quran serta kajian saintis berkenaan dengan misteri dan hakikat laut serta pendapat para ulama Islam.

Informasi terkini dalam ilmu kelautan: Satu, laut terbahagi dua bahagian besar iaitu permukaan yang tercampur dengan energi dan sinar matahari; dan laut dalam di mana energi dan sinar matahari tidak lenyap. Dua, laut permukaan dan laut dalam berbeza dari segi suhu, massa, tekanan dan tingkatan cahaya matahari serta biota-biota yang hidup di dalamnya. Kedua-dua laut ini dipisahkan dengan gelombang dalam.

Umar al-Faruq, pemisah benar dan batil

Al-quran
HEBATNYA penyebaran dakwah Rasulullah SAW begitu tegar Umar al-Khattab mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Umar antara individu yang kuat menentang Islam.

Umar atau nama penuhnya, Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza berketurunan Bani Adi, Quraisy. Nabi SAW berdoa kepada ALLAH SWT yang bermaksud:

“Ya ALLAH, berikanlah kemuliaan kepada Islam dengan perantaraan salah seorang dua Umar ini.” (Riwayat Thabarani)

27.4.14

Persoalan takdir dalam kehidupan insan

Akar Persoalan Takdir

Perbahasan mengenai persoalan takdir ini perlu diberi perincian yang khusus dan teliti serta berhati-hati supaya kita tidak terjerumus ke dalam pemikiran aliran Jabariah, Qadariah mahupun Mu'tazilah tanpa kita sedar !

Jabariah menekankan konsep bahawa segala perkara yang terjadi di dunia ini merupakan suratan dan telah ditakdirkan ALLAH secara total, manakala Qadariah telah meletakkan hak dan kebebasan mutlak diberikan kepada manusia dalam ruang lingkup kehidupan manusia dan terlepas dari kehendak ALLAH.

26.4.14

Nota Diri

Fikiran yang paling mulia dan bermanfaat adalah yang
ditujukan untuk ALLAH dan negeri Akhirat.

Bisikan dan fikiran orang yang berakal tidak akan keluar dari lingkungan ALLAH dan negeri Akhirat.

Memikirkan karuniaNya, KebaikanNya, NikmatNya, Keluasan RahmatNya, AmpunanNya serta KesabaranNya.

(Ibn Qayyim, Ada Wa Ad Dawa', ms: 353)

22.3.14

Bertabahlah duhai diri! Ujian itu adalah tanda Allah peduli

Ujian itu adalah tanda Allah sedang pedulikan kita!
Wahai Jiwa Yang Tenang,

Apa khabar imanmu duhai diri? Moga-moga imanmu masih kukuh dan teguh walau acapkali dirempuh.

Bertahanlah. Bertabahlah.

Sememangnya dugaan demi dugaan yang kamu lalui itu sebenarnya adalah pemangkin kepada kekuatanmu sayang.

21.3.14

Fasobrun Jamil, Maka bersabarlah dengan sabar yang indah

Only God is Enough for Me
Tahanlah marah itu dengan sabar.
Bak kata Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, "Teori memang mudah, praktikal nya?, kita sendiri yang sedang hadapi situasi tu yang tau"

Sabar itu indah.

Beautiful.


No suffer afflicts us beyond our capability.

Hadapi je segala ujian. Berjaya itu pun ujian, Kurang berjaya pun ujian.

Kerana hidup ini memang ujian.

16.2.14

Formula Untuk Redha

'Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman'.Ali Imran ayat 139


Bicara tentang formula redha, saya sendiri seakan tergagap untuk berbicara tentang, sedang diri sendiri masih bersoal jawab dengan hati sendiri.

9.2.14

Doa Agar Mudah Tidur

Tidur Nyenyak Dan Tenang


اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ

يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي


Maksudnya : Ya Allah , telah malap bintang-bintang , dan telah tenang mata-mata manusia , dan Engkau maha berkuasa , Wahai yang Maha Berkuasa , lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .

Doa Supaya Mudah Tidur


Keterangan & Petua Beramal


Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa di atas .

Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi saw ini .

Menurut pengarang buku Doa & Rawatan pesakit, doa ini boleh dibacakan pada pesakit dan air. Caranya iaitu, letakkan tangan kanan atas dahi semasa membaca doa dan tiup kedua belah biji matanya.

Air yang telah dijampi dengan doa ini boleh digunakan untuk diminum dan untuk mandi.

2.2.14

Bila Allah Menduga, Mengapa Tiada Seorang Pun Yang Memahami Kita?

Bila Allah menduga, maka bersabarlah :’) | Consumed by Alephunky
Kekadang tu kita rasa,
‘Argh!!!! kenapa tiada seorang pun yang boleh memahami aku??’, Kenapa aku dilabel dan terlabel? Kenapa aku itu..kenapa aku ini?

Lantas kita tak senang duduk, giat mencari sumber ‘pengaduan’. kita mengadu sana sini perihal ujian dan dugaan yang melanda kita pada orang lain.

4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari!

Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dahpun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali.

Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?

Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke?

2.1.14

Bolehkah Aku Kecewa?

Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa ?

Qur’an Menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?
Qur’an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…
Al-Baqarah : 286

Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?

Berfikir Mengenai Kematian. Berfikir Mengenai Dosa-Dosa Lalu

Berfikir mengenai kematian | Stop by Atsil
"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia) dan mereka berpaling (dari akhirat)" (Surah Al-Anbiya’: Ayat 1 )

DIA (ALLAH) berfirman,


"kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui"(Surah Al-Mu’minun: Ayat 114)

Wahai manusia! Sungguh, janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. Sungguh syaitan itu musuh bagimu (Surah Al- Fatir: Ayat 5-6)

Apakah 4 Tugas Wajib Lelaki Yang Kebanyakan Tak Mampu Buat?

Familiar Feeling by krush
Bercita – bercita menjadi lelaki soleh?

Alhamdulillah.. bermakna anda berusaha untuk menjadi lelaki pilihan Allah.

Lelaki yang soleh, adalah lelaki yang terbaik di dalam dunia.

Walaupun dia hanyalah hamba Abdi yang standardnya rendah di mata manusia. Lelaki yang soleh, adalah yang tertinggi di sisi Allah SWT.

Hakikatnya, kita sebenarnya mempunyai pilihan.

Sama ada hendak menjatuhkan diri ke dalam kehinaan, atau memilih untuk memuliakan diri.

Oleh itu, jika anda memilih untuk menjadi lelaki yang soleh, ada beberapa tugas yang perlu anda lakukan.

25.12.13

Kehidupan bukan sebuah novel

Novel, filem dan drama kadang-kala mempengaruhi minda sesetengah pihak sehingga mereka tenggelam dalam khayalan dunia seperti itu. Memang benar, membaca novel, menonton filem ataupun karya seni lain yang menceritakan watak-watak khayalan yang diwujudkan merupakan satu hiburan dan ruang untuk kita menjenguk sisi pandang pengkarya tentang watak dan babak yang diwujudkan itu. Ia membantu percambahan minda, tambahan maklumat dan kadang-kala ia boleh melebarkan diskusi pemikiran.