Berfikir mengenai kematian | Stop by Atsil |
"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia) dan mereka berpaling (dari akhirat)" (Surah Al-Anbiya’: Ayat 1 )
DIA (ALLAH) berfirman,
"kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui"(Surah Al-Mu’minun: Ayat 114)
Wahai manusia! Sungguh, janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. Sungguh syaitan itu musuh bagimu (Surah Al- Fatir: Ayat 5-6)
Ya Allah,
Andai kaki ini melangkah, jadikan setiap langkahan itu, langkahan ke tempat kebaikan, tempat yang Engkau redha.
Ya Allah,
Andai mulut ini berkata, jadikanlah setiap perkataan yang keluar itu ialah perkataan yang penuh hikmah dan bermanfaat, perkataan yang lembut, dan mendekatkan hati ini dan orang lain pada-Mu,
Ya Allah,
Andai fikiran ini berfikir, jadikanlah fikiran ini berfikir mengenai-Mu, berfikir mengenai kematian, berfikir mengenai dosa-dosa lalu, berfikir mengenai kebaikan orang lain padaku, berfikir mengenai nikmat yang telah kau berikan padaku, dan berfikir mengenai usaha-usaha/wasilah apa lagi yang boleh aku lakukan untuk mendekatkan diri padaMu.
Ya Allah,
Andai disaat tidak ada perkara yang bermanfaat ingin diperkatakan, andai tidak ada topic ingin dibicarakan, jadikanlah lidah ini lancar dan terus-menerus berzikir kepada-Mu, Jauhkan lidah ini daripada mengeluarkan kata yang menyakiti hati orang lain,
Ya Allah,
Andai mata ini melihat hingga ke hari ini dan hari seterusnya, jadikanlah mata ini celik, jauhkan mata ini dari melihat yang bukan hak, permudahkan kedua mataku ini untuk menjaga pandangan, jadikanlah mata ini mata yang sentiasa menangis keranaMu, menangis mengingati dosa-dosa lalu.
Ketahuilah Bahawa,
'Dia Mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang tersembunyi dalam dada'- (Surah Al-Ghafir: Ayat 19)
Ya Allah,
Andai telinga ini masih mampu mendengar, jadikanlah ia mendengar dan menapis perkataan itu, jadikanlah kedua telinga ku mendengar yang baik-baik sahaja, andai ada saat-saat di mana aku mendengar yang kurang baik, jadikan ianya berlalu seperti angin.
Ya Allah,
Andai hati ini berniat ataupun bermonolog dalaman, jadikankanlah hati ini sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan sahaja, jadikan juga monolog hati itu monolog yang baik-baik sahaja.
Ya Allah,
Jika tangan ini bergerak, Jadikanlah tangan ini bergerak dan menulis kebaikan sahaja, bergerak untuk melaksanakan hal-hal kebaikan, jauhkan tangan ini daripada memukul, menampar dan mengambil hak orang lain.
Wahai Tuhan yang telah terlalu banyak memberi, jadikan aku orang yang bersyukur dengan nikmat mata, mulut, telinga, hati, tangan, otak (pemikiran), lidah dan nikmat yang lainnya. Sungguh semua nikmat yang KAU berikan ini, akan menjadi saksi di akhirat kelak. Semuanya akan diminta pertanggungjawabkan.
Ketahuilah kita semua bahawa:
'Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur'- (Surah Al-Mu’minun: Ayat 78)
'Dan Tuhan-mu tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan'- (Surah Naml: Ayat 93)
'Sungguh, Allah, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang'-(Surah Al- Qasas: Ayat 16)
Perkongsian Altikel Dari- Farahani Md Nor
No comments:
Post a Comment