Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Doa buat seluruh keluarga baginda shallallahu alaihi wasallam. Juga seluruh sahabat yang dikasihi oleh baginda shallallahu alaihi wasallam. Dan seluruh kaum muslimin dari awal sehinggalah hari kiamat. Semoga kita semua mampu tetapkan diri pada agamaNya ini. InsyaAllah~
Selawat dan salam buat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Doa buat seluruh keluarga baginda shallallahu alaihi wasallam. Juga seluruh sahabat yang dikasihi oleh baginda shallallahu alaihi wasallam. Dan seluruh kaum muslimin dari awal sehinggalah hari kiamat. Semoga kita semua mampu tetapkan diri pada agamaNya ini. InsyaAllah~
Berbelit-belit ayat. Tetapi, begitulah. Cuba menasihati diri yang mudah tergelincir. Sangat~
Mengimbau kembali zaman dahulu kala. Sejarah Islam yang kita meremehkannya berbanding sejarah titanic yang menjadi nostalgia buat diri kita.
"Jake, i love you" - sedutan dialog filem titanic. Mesti ramai yang ingat. Sebab tonton berulang kali di kaca tv, laptop, kaca mata(berangan).
Fuh~ Tetapi amat sedikit yang istiqomah dalam menyantuni sejarah-sejarah islamiah.
Kenapa eh..?
Antara insan yang mulia, Nabi Ibrahim a.s. Sejarahnya yang benar dan dibenarkan di dalam al-quran. Bahkan, pernah diceritakan oleh cucunya, baginda shallallahu alaihi wasallam. Lagi, di benarkan juga oleh kita di dalam solat. Cuba kita ingat kembali apa yang kita kumat-kamitkan dalam solat. Muslim prayer only.
Tertarik dengan zaman remaja Nabi Ibrahim a.s. Di mana, pada waktu itu beliau a.s sangat menentang keras terhadap patung-patung berhala. Sehinggakan beliau dibenci oleh penduduknya, serta keluarga yang dikasihinya. Subhanallah~ Dan yang paling mengingatkan kita adalah sehingga kini adalah, ketika mana Nabi Ibrahim a.s dihukum dengan hukuman yang tiada di penjara Malaysia. Hukuman berat. Hukuman mati. Bakar secara hidup-hidup. Namun, dalam kes itu.. baginda a.s sedikitpun tidak melarikan diri. Dan tidak lain, baginda a.s berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT.
Di susuli pula dengan korban antara Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Yang ketika itu menerima sebuah mimpi yang perlu dipatuhi. Semuanya kerana taat, patuh, dan setia pada Maha Pencipta. Sekalipun yang disembelih itu adalah kaum keluarga sendiri. Si ayah sanggup berkorban, si anak terima dikorbankan, dan si ibu pula sanggup merelakan. Allah~
Sehinggakan orang yang cerdik boleh berubah sekelip mata. Namun, pengorbanan dan percintaan saling berkait rapat. Pengorbanan itu bukti sebuah percintaan. Dan tiada cinta tiadalah pengorbanan. Tambahan, jika cinta itu adalah cinta yang benar, pengorbanan juga benar, maka beruntunglah. Kerana cinta dan pengorbanan yang benar itu meski dilaksanakan dengan cara yang tidak bercanggah serta menyeleweng daripada garisan agama. Jika sebaliknya, maka ia adalah perkara yang sia-sia. Mungkin, terkena serangan tipu daya dunia.
Pengorbanan bukanlah hal yang merugikan. Kerana, sesiapa yang sanggup berkorban, pasti akan terima ganjaran. Dan kejayaan pasti akan diperolehi jika ikhlas dalam arena pengorbanan. Dari awal sehinggalah akhir slot kehidupan Nabi Ibrahim a.s, baginda a.s adalah seorang yang rela berkorban kerana Tuhan. Ikhlas serta jujur dalam melaksanakan. Dan hasil daripada pengorbanan itu, Allah SWT telah membalas permintaan beliau sehinggalah hari ini.
Jadi, selamilah sifat 'P' yang baik ini. Pengorbanan. Sekalipun terkorban, pasti Tuhan akan memberikan ganjaran yang lebih mahal nilainya. InsyaAllah~ Dan, dunia pada hari ini memerlukan kita yang mampu berkorban untuk mereka yang kurang berkemampuan. Segala hal, kita sebarkan kebaikan. Taburka kebaikan dengan seluruh jiwa, tenaga, dan masa.
No comments:
Post a Comment