Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: “Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: “ Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak."Riwayat at-Tirmizi
Huraian :
Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.
Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.
Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.
Tips Lima Jari Dalam Berdoa
1). Ibu jari anda adalah yang terdekat dari wajah anda. Jadi, mulailah doa anda dengan berdoa untuk orang-orang terdekat. Mereka adalah yang paling mudah untuk diingat. Jadi berdoa bagi mereka yang anda cintai, seperti ibu bapa, keluarga, saudara, suami/isteri dan kaum kerabat.
2). Jari seterusnya adalah jari telunjuk. Berdoalah untuk mereka yang mengajarkan kepada kita ilmu pengetahuan dan membantu menyembuhkan penyakit. Ini termasuk guru, doktor, dan siapapun yang mengajar sesuatu. Mereka memerlukan sokongan dan kebijaksanaan dalam memberi petunjuk kepada orang lain ke arah kebenaran. Sebutlah mereka dalam doa-doa anda.
3). Jari seterusnya adalah tengah iaitu jari tertinggi. Hal ini mengingatkan kita pada para pemimpin kita. Berdoa agar kita memiliki pemimpin insya Allah merupakan Muslim yang baik. Orang-orang ini akan memimpin umat Islam di seluruh pelusok dunia dan mereka amat memerlukan bimbingan dari Allah.
4). Jari keempat adalah jari manis kita. Mengejutkan banyak adalah kenyataan bahawa ini adalah jari kita paling lemah. Ini seharusnya mengingatkan kita untuk berdoa bagi mereka yang lemah, dalam kesulitan atau kesakitan. Contohnya golongan miskin, fakir dan mereka yang ditimpa kecelakaan serta ujian kesusahan dari Allah. Ia juga untuk umat islam yang masih ditindas di seluruh dunia seperti di Palestin, di Iraq, di Afganistan, Eropah dan sebagainya. Mereka memerlukan doa anda siang dan malam.
5). Dan terakhir adalah jari kelingking, jari terkecil dari semua. Yang mana kita perlu meletakkan diri dalam kaitannya dengan Allah dan orang lain. Pada saat anda telah berdoa untuk empat kumpulan lain, maka anda boleh berdoa untuk diri sendiri. Berdoalah semoga kehidupan kita sentiasa mendapat keredhaan dari Allah di dunia hingga ke akhirat.