26.11.12

Tentang Air,Semuanya Tentang Air

1. Minum Air seawal sebaik sahaja bangun tidur di waktu pagi. Air mestilah suam - didahulukan dengan salawat nabi atau kalau taknak salawat, terpulanglah. Haba mampu menggembangkan bahagian-bahagian tertentu di dalam badan. Air suam di waktu pagi mampu menyediakan peti suara, usus, saluran peranakan, saliran darah.

2. Minum 2 gelas air sebelum memulakan sarapan pagi. sarapan sangat penting untuk kesihatan dan usus. MESTI srapan sebelum jam 10 pagi untuk 'mengejutkan' usus supaya ia bekerjalah dan mestilah sarapan ringan seperti oat misalanya.


3. Minum sekurang-kurangnya 3 teguk air setiap 30 minit.

4. Sebelum sampai waktu makan tengahari, pastikan dah habis minum sekurang-kurangnya 4 gelas air.

5. Periksa warna air kencing. Kalau kuning, selepas kencing minum air satu gelas besar. Minum air bersih.

6. Periksa kesihatan usus. Kalau pagi-pagi selepas minum air, dalam masa 1 jam tak rasa nak buang air besar, maknanya usus ada masalah. Silalah pergi buat detox untuk buang toksin. Bagi yang nak tahu kenapa kau tak makan sebulan tapi berat badan masih sebegitu rupa, atau dah makan McDonald satu lori tapi badan pun sebegitu rupa, itu maknanya badan kau banyak toksin. Silalah buat detox buang toksin. Selepas buat detox, sila minum banyak air untuk singkirkan toksin dengan cepat.

7. Selepas bersenam di gim atau berjogging, minum 2 gelas air. Barulah kalori yang terbakar di dalam badan boleh tersingkir melalui air kencing.

8. Sebelum masuk sauna minum 2 gelas air dan selepas sauna, lagi segelas.

9. Minum air untuk maintain kegebuan/kebersihan kulit.

10. Minum air untuk menjaga suara.

11. Minum air untuk menjaga organ dalaman badan.

12. Minum air utnuk memberi tenaga. Penting untuk orang yang hamil. Minum air untuk mengelakkan mengantuk.

13. Minum air dengan cara yang perlahan untuk mengelakkan jantung jadi tertekan. Selepas minum air manis seperti teh tarik, teh o, kopi o tarik, milo tabur, sprite, pepsi dan sebagainya, cover balik denagan 1 atau 2 gelas air.

14. Pastikan kamu sudah habis minum sekurang-kurangnya 3000ml air sebelum jam 8 malam. Kalau lebih, lagi bagus. Rujuk warna air kencing kamu. Kalau perlu 4000ml, tak salah pun. Tapi mesti habiskan sebelum 8 malam.

15. Dilarang pula minum 3000ml sekali gus pada 7 malam.

16. Selepas 8 malam, minum 1 gelas air sahaja. Seelok-eloknya selepas sudah makan malam (dalam 6-8pm) san satu gelas setengah sebelum masuk tidur.

17. Jangan MENGUMPAT, MENCARUT, MENGATA, MENGUTUK di depan air. AIR ADALAH BENDA HIDUP (dari segi rohani). Ia dengar, rakam dan transfer balik. Jadi tak hairanlah kenapa sestengah perangai buruk kita warisi dari turun temurun.