17.5.14

Umar al-Faruq, pemisah benar dan batil

Al-quran
HEBATNYA penyebaran dakwah Rasulullah SAW begitu tegar Umar al-Khattab mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Umar antara individu yang kuat menentang Islam.

Umar atau nama penuhnya, Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza berketurunan Bani Adi, Quraisy. Nabi SAW berdoa kepada ALLAH SWT yang bermaksud:

“Ya ALLAH, berikanlah kemuliaan kepada Islam dengan perantaraan salah seorang dua Umar ini.” (Riwayat Thabarani)

Selain Umar al-Khattab ada seorang lagi Umar iaitu Umar Amru Ibni Hisyam atau dikenali Abu Jahal (bapa saudara Nabi). Kedua insan ini langsung tidak gentar dengan seruan ALLAH.

Pada suatu hari, Umar mendapat berita bahawa adik perempuannya, Habsah memeluk Islam dan sedang belajar mengenai agama ALLAH di rumah al-Arqam bin Abi al-arqam. Marahnya Umar, sambil membawa pedang dia memacu kudanya ke rumah al-Arqam untuk membunuh Rasulullah SAW.

Ketika sampai di depan rumah al-Arqam, Umar terdengar sayup-sayup suara adiknya, Habsah mengalunkan Surah Thaahaa ayat satu hingga lima. Maksud ayat berkenaan adalah memuji dan mengagungkan ALLAH.

Umar terduduk dan hampir rebah, dengan tiba-tibanya mengalir air matanya. Sepanjang hidupnya dia merasakan bahawa dia kuat dan tidak ada sesiapa yang mampu menandinginya, tetapi ada lagi Yang Maha Besar, ALLAH.

Umar masuk perlahan-lahan, mendekati Habsah dan menyuruh Habsah membacakan lagi ayat al-Quran. Akhirnya, bersaksikan kepekatan malam, Umar melafazkan syahadah di hadapan Baginda SAW.

Selepas peristiwa itu, Umar berjanji melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Selepas pengislamannya, dia melahirkan rasa kesalnya terhadap peristiwa penanaman anak perempuannya secara hidup-hidup dahulu.

Rasulullah SAW menggelar sebagai al-Faruq kerana dapat membezakan antara perkara yang benar dan batil.

No comments:

Post a Comment