Terima Kasih sahabat ku kerna sudi memberikan mutiara hikmah yang menyentuh hati...lalu insaf dan sedar diri.
Terima kasih wahai Allah menghantar ku sahabat dikala ku kesepian kehilangan rakan, dikala ku kerunsingan membalut resah berterusan.
Terima kasih teman kerana sudi bersahabat dengan diriku insan ciptaan Tuhan.
Terima kasih jua wahai teman kerana sudi menghantar aku kunang - kunang emas yang cantik cahayanya untuk ku suluhi minda..mengasah hati ini.
Terima kasih kerana sudi menjadi purnama yang sudi menerangi tika langitku kelam.
Terima kasih kerana menjadi mentari di bening pagi ..cahayanya lembut sungguh menyejukkan hati.
Moga persahabatan kita tulus suci tanpa bibit permusuhan dan pertelingkahan. Moga ukhwah ni abadi selamanya. Sesungguhnya kamu tidak membenciku dengan mehnah yang ku bawa..untukmu..namun kamu kutip, kamu buka satu persatu..dan menghantarku mutiara nasihat yang cantik dari lautan ilmumu.
Terima kasih atas segalanya..moga kamu terus bahagia dengan rahmat dariNya.
|