13.6.12

Beralah tidak bererti kalah

Ego?, malu?
merasakan diri tidak bersalah. inilah yang menyebabkan sesuatu pertelingkahan tidak menemui kesudahan. ataupun kesudahan yang tidak diimpikan oleh setiap manusia. lumrah manusia inginkan keamanan dan kedamaian sebenarnya. siapa suka hidup dalam permusuhan dan tiada kasih sayang.
Isu sekarang, janganlah berat hati untuk memaafkan salah orang lain dan meminta maaf. jika semua manusia mewujudkan dalam diri mereka pemikiran sedemikian, maka amanlah dunia. kebarangkalian untuk menimbulkan pertelingkahan yang lama itu amatlah sedikit.
apalah gunanya nak membanggakan ego anda itu. fikir-fikirkanlah.
kita beralah bukanlah bererti kalah. tapi sebenarnya kita menang kerana berjaya menewaskan ego yang menggunung itu.