30.4.13

Segalanya Bermula Dari Hati


"Hasbunallah wani'mal wakil nikmal maula wanikman nasir"

maksudnya:

"Allah telah mencukupkan segala sesuatu bagiku. Dan sebaik-baik tempat kuserahkan diri adalah kepada Allah. Dialah sebaik baik Penjaga dan sebaik- baik Penolong."

Kalau kita terlalu sensitif dan cepat kecil hati selalunya kita kurang yakin diri dan tiada fokus tepat dalam hidup. mereka yg kuat fokusnya tidak akan di kacau oleh benda remeh yang melambatkan pencapaian apa yg difokus. Jangan sedih kerana cemuhan manusia. Ini amalan sia sia. Carilah di mana kita berada dan apa kita buat. Lihat orang dengan penuh kasih sayang itu kita akan dapat.

Manusia yang hidup dengan dahagakan penghargaan manusia, hidup dalam keladak arus kehidupan. Na'uzubillah.

Pemikiran - emosi - tindakan - tindakbalas
Pemikiran dihasilkan dari 2 jenis minda. (Minda sedar dan minda bawah sedar). 95% idea dihasilkan dari minda bawah sedar, 5% dari minda sedar. Minda sedar ialah kita membuat sesuatu dengan sedar, contohnya membaca status saya waktu ni. Minda bawah sedar ialah tabiat, akhlak yg tercetus hasil dari apa yang dilihat, gambaran dan perkataan yang berulang-ulang.

Sebenarnya bila kita meminta orang lain menyelesaikan masalah kita, kita tertipu. Masalah kita bukan diselesaikan oleh orang lain, ia dari dalam dan minda kita dan kita yang membuat masalah dengan pilihan kita.

Apabila ada orang yang datang mengadu masalah kepada kita, Jangan kita masuk kedalam masalah orang tersebut. Sebaliknya, kecilkan masalah tersebut dan luaskan pemikirannya, lapangkan dadanya supaya melihat masalah tersebut dengan pemikiran yang positif.

Orang yg positif akan melihat masalah dengan pemikiran yang positif sebab pemikirannya lapang dan luas. Perumpamaanya, kita akan berasa takut apabila lipas berada dalam bilik kecil, tetapi apabila lipas berada dalam kawasan yang luas, kita tak takut sebab kawasan lapang dan luas.

No comments:

Post a Comment