30.4.13

PERASAN TAK?


PERASAN TAK?

Ketika kita dilahirkan dengan nikmat dan islam ada yang dilahirkan sebagai bukan islam

PERASAN TAK?

Ketika kita bangun pagi, kita masih mampu bernafas, ada manusia yang tidur dan terus terlena sehingga kealam barzakh
PERASAN TAK?

Ketika kita masih mempunyai kedua ibu bapa ada manusia yang dilahirkan tanpa sempat melihat kedua ibu bapa

PERASAN TAK?

Ketika kita kelapara, Allah menghulurkan rezeki berupa makanan, ada manusia yang mati kerana kebuluran

PERASAN TAK?

Ketika kita dikurniakan air yang cukup untuk kegunaan harian, ada manusia yang hidup susah kerana bumi ketandusan air

PERASAN TAK?

Ketika kita masih ada kedua tangan dan kedua kaki, ada manusia yang dilahirkan cacat anggota tangan dan kaki

PERASAN TAK?

Ketika kita mampu bercakap, melihat dan mendengar dengan baik, ada manusia yang dilahirkan dengan bisu, buta, pekak

PERASAN TAK?

Ketika kita sihat bebas dari sebarang penyakit, bebas ke sana ke sini, ada manusia yang terlantar sakit kronik dihospital

PERASAN TAK?

Ketika kita terlena dengan katil yang empuk, ada manusia yang terjaga kerana dentuman bom

PERASAN TAK?

Ketika akal kita masih waras berfikir, ada manusia yang ditakdirkan Allah menjadi gila

PERASAN TAK?

Banyak nikmat-nikmat yang ALLAH bagi kat kita.

No comments:

Post a Comment