4.12.12

10 Petua Untuk Bersyukur Setelah Berjaya Dalam Hidup

1. Elakkan mudah mengkritik orang lain yang masih belajar dan baru bermula.

2. Elakkan berasa bangga diri dengan pencapaian dan harta yang dimiliki.

3. Kurangkan penggunaan perkataan “saya” dalam percakapan dan penulisan. Biasanya, orang yang menggunakan perkataan saya dalam penulisan ada sifat ‘keakuan’ dan bangga diri (walaupun tidak berniat). Cukup memadai menyampaikan informasi dan perkongsian ilmu tanpa perlu berbahasa “saya”.


4. Ringankan tangan untuk membantu orang lain berjaya pula.

5. Ringankan tangan untuk berkongsi ilmu dengan menulis atau lain-lain cara.

6. Kembalikan segera segala pujian dan pujaan daripada manusia, kepada yang lebih berhak iaitu Allah s.w.t. Pujian yang berlebih-lebihan adalah virus yang amat berbisa mampu memusnahkan jika tidak diurus dengan baik.

7. Harta yang banyak dan pencapaian yang amat sukses adalah satu ujian.

8. Jangan merendah-rendahkan pencapaian kecil orang lain.
Semua orang bermula dari bawah sebelum mencapai tahap teratas.

9. Bersyukur, bersyukur dan bersyukur pada setiap masa.

10. Awasi sifat kedekut. Ada segelintir orang yang banyak duit mahu ‘benda percuma’ padahal mereka amat mampu membeli buku-buku, ebook dan panduan yang amat kecil harganya. Jika orang yang kurang berduit mampu membeli, mengapa tidak orang yang kaya-raya? Mereka marah jika orang tidak membeli produk mereka, tetapi mereka amat berkira-kira untuk membeli produk orang lain padahal mereka amat perlu.

sumber:
ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA - facebook