KUPU-KUPU
Adalah haiwan yang sangat indah dan menarik,
Sayapnya yang berwarna-warni dengan motif yang sangat rapi serta kelincahannya terbang dari satu bunga ke bunga yang lain,menjadi daya penarik bagi setiap orang untuk mengagumi makhluk ini..
KUPU-KUPU
Tak hadir begitu saja ke muka bumi tapi melalui proses METAMORFOSIS dari binatang yang bernama ULAT.
Menyebut namanya,mungkin ada sebagian orang yang jijik,geli,takut,penyebab kulit gatal,perosak tanaman,dan sebagainya.Ia begitu sinonim dengan sifat yang tidak baik.Hampir tiada orang yang mahu menyentuhnya.
Namun,ketika seekor ulat berubah menjadi kupu-kupu,ulat terlebih dahulu menjadi kepompong.Itulah sebuah metamorfosis yang didalam bahasa manusianya sedang menjalani puasa,menjauhkan diri dari makan dan minum,menutup dirinya dari hiruk pikuk kehidupan dunia.Ia begitu mirip dengan cara kita beriktikaf, iaitu merenung diri dan melakukan perubahan,sehingga keluar menjadi kupu-kupu yang indah,disayangi semua orang
Itulah kebarangkalian gambaran orang mukmin yang diharapkan oleh Allah SWT.kita,umat manusia yang banyak berbuat salah dan dosa,hendaknya mahu BELAJAR dari ulat dan mengubah diri menjadi manusia yang bertakwa dan disayangi Allah SWT
Jenis manusia yang disayang Allah itu adalah:
orang-orang yang berjalan di muka bumi dengan RENDAH HATI(tidak sombong)dan apabila orang jahil menyapa,mereka mengucapkan kata-kata yang baik.(QS Al-Furqan [25]: 63)
Demikian gambaran orang mukmin,senantiasa menyebarkan KELEMBUTAN dan KEINDAHAN,serta tidak suka berbuat kacau dan kerosakan,di manapun dia berada.
Sebagaimana sifat KUPU-KUPU yang hinggap disebuah dahan yang tak akan pernah ada yang patah sekecil apa pun dahan yang dihinggapi.
Mereka yang sentiasa mendirikan SOLAT LIMA WAKTU dan SOLAT TAHAJUD di malam hari sebagai WUJUD SYUKUR kepada ALLAH (Al-Furqan [25] :64,73).
Seperti kupu-kupu,di manapun seorang mukmin berada,dia akan selalu melaksanakan perintah ALLAH,menebarkan kasih sayang,dan menolong orang lain.Sebab ia menyedari bahawa yang juga tidak memiliki kemampuan apa-apa tanpa anugerah dari ALLAH SWT
Semoga menjadi INSPIRASI untuk merubah diri kita agar menjadi lebih baik,bijaksana,rendah diri dan belajar kelembutan dimasa mendatang.....Aamiin.