1.12.12

Siapa Briged Izuddin Al - Qassam

Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al - Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.

Objektif utama penubuhan
al - Qassam
adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang - orang Arab dan juga umat Islam sejagat.

Briged ini bertanggung-jawab untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel.

Pada peringkat awalnya mereka enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kekuatan sebenar briged ini tetapi akhirnya menjelaskan bahawa mereka mempunyai ahli battalion yang terlatih seramai kira - kira 25,000 orang di kalangan pemuda - pemuda yang berumur antara 18 -30 tahun. Sejak intifadah al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin.

Briged al - Qassam
amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.


Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah :

1- Gigih berpegang dengan ajaran Islam.

2- Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w.

3- Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah.

4- Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin.

5- Berdisiplin dan mentaati kepimpinan.

6- Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Briged al - Qassam ini juga sangat terkenal dengan roket artileri al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah Israel. Ketika berpeluang untuk mengajukan soalan kepada beberapa anak muda Palestin di Gaza samada mereka adalah daripada al Qassam atau tidak, kebanyakan mereka hanya tersenyum kerana mereka biasanya mengistiharkan diri mereka sebagai al-Qassam secara terbuka.

*support our troops  

-akuislam