Berdirilah dengan kaki yang terkuat, kerana ketika ombak datang maka ia akan menahan dengan sempurna meskipun badanmu basah tetapi tubuhmu akan tetap tegak berdiri.
Binalah rancangan hidup yang sempurna, kerana dengan persiapan yang matang dan mantap akan membawa kita kepada situasi yang mudah kita kendalikan.
Bukalah matamu pada dunia nyata, kerana disanalah kita akan belajar kehidupan yang akan membuka mata hati, jiwa dan fikiran kita bahawa inilah realiti kehidupan yang ada di mana yang kecil akan dipijak - pijak dan yang besar akan berpesta atas penderitaan yang kecil
Dan biarkan nafas wangi suara hati mengalir dalam relung jiwa dan darah, kerana disanalah kita akan menjadi diri kita yang berdikari dan cuba bertahan meskipun badai menghadang. Kau tetap tegar dan menjadi insan yang kuat dan menikmati hidup sebagai pejuang yang berazam untuk meraih kehidupan dalam kesyahidan..
|