Bayangkan: Andainya seseorang yang Di kasihi memberi sebatang pensel untuk diasah,sudah tentu kita melakukanya segera dengan sepenuh tenaga walaupun kita sedang letih bermain bola jaring,
Andainya seseorang yang dicintai meminta kita datang berjumpa denganya dikedai basikal,
Sudah pasti kita akan pergi dengan pantas walaupun kita sedang mencuci mangkuk di dapur,
Andai seseorang yang dirindui mengharapkan hadiah jam tangan berjenama terkenal,sudah mesti
kita mencarinya di kompleks membeli-belah walaupun terpaksa memecahkan tabung ayam yang dibeli di Old town.
Percayalah,seseorang itu akan melakukan segalanya seandainya perasaan kasih dan cinta sudah bersemadi
dalam jiwanya.
MENYATU JIWA DENGAN AMANAH
Kata-kata di atas adalah sebagai penghubung kepada tanggungjawab yang dipercayakan.
jadi,apa yang dapat disimpulkan di sini adalah jika cinta itu ada dalam diri,
maka kita rela berbuat apa saja demi menjaga cinta kita itu.
itulah di panggil memelihara cinta dan perbuatan memelihara itu adalah amanah.
Dari sudut psikologi,
perasaan cinta itu membuatkan timbulnya rasa percaya dan kasih yang akhirnya menerbitkan tanggungjawab
atau amanah dalam percintaan.
simboliknya,perasaan cinta itu merangkumi pelbagai aspek dan amat luas perspektifnya.
maka kita satukan perasaan cinta itu dan kita jadikanya asas atau tiang untuk kita berpaut.
Apakah tiangnya itu? Tiangnya adalah cinta kepada islam.Daripada cinta yang kukuh itu,dengan izin Allah s.w.t,kita dapat memelihara kesemua amanah sepanjang hayat kita di dunia ini.
Apakah tiangnya itu? Tiangnya adalah cinta kepada islam. Daripada cinta yang kukuh itu,dengan izin Allah s.w.t, Kita dapat memelihara kesemua amanah sepanjang hayat kita di dunia ini
ISTIQAMAH MEMELIHARA AMANAH
Sebagai pejuang Islam di medan kehidupan,kita wajib memelihara amanah ini :
Pertama,
memelihara mata- melihat sesuatu yang perlu dalam menunaikan segala hajat.
juga,dapat melihat keajaiban serta keindahan ciptaan maha pencipta sehingga kita dapat mengambil
iktibar daripadanya.
Keduanya,
memelihara telinga- mendengar sesuatu bermanfaat,lebih-lebih lagi keindahan ayat al-quran dan hadis.
juga,dapat mendengar ilmu pengetahuan sehingga ilmu itu diamalkan menjadi bekalan pahala kepada nikmat
di syurga kelak.
Ketiganya,
memelihara lidah- memperkatakan sesuatu yang boleh di ambil sebagai ilmu yang berguna kepada orang lain.
juga,dapat membaca bahan yang bermanfaat serta menyampaikanya sebagai usaha dakwah.
keempatnya,
memelihara perut- memakan hanya makanan yang halal sumber rezekinya dan berpada serta tidak keterlaluan.
juga sentiasalah mengingati orang yang tidak berpeluang menikmati rezeki yang diperolehi.
Kelimanya,
memelihara kemaluan- terpelihara kemaluan sekiranya kita menjaga mata daripada melihat yang haram,
menjaga hati daripada fikiran songsang, menjaga rezeki daripada sumber haram, kerana semuanya itu punca syahwat.
keenamnya,
memelihara dua tangan- memegang sesuatu yang mempunyai kepentingan ilmu dan menyampaikan hajat bermanfaat.
juga,menggunakanya untuk menulis sesuatu yang berilmu demi keagungan islam.
Ketujuhnya,
memelihara dua kaki- melangkah ke tempat yang bermanfaat untuk islam dan ilmu demi meraih pahala.
juga,berjalan menuju ke suatu tempat bagi menjalin silaturahim untuk mengimarahkan dunia islam.
AMANAH SEBAGAI SIMBOL CINTA
Di atas segalanya,peliharalah amanah kita sebagai seorang islam yang sebenar dengan menjaga setiap waktu solat kita.
Usahlah mengabaikannya sekiranya kita cinta kepada islam.Ingatlah, amanah memelihara solat itu nanti menjadi persoalan utama di alam akhirat kelak dan ia menjadi simbol cinta terhadap Allah s.w.t.
Yang terakhirnya,istiqamah dalam amanah seorang mukmin sebagaimana riwayat muslim,
daripada abu 'amr sufyan bin Abdullah al-Tsaqafi r.a berkata:
"Wahai Rasulullah,katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang islam, yang aku tidak memintanya kepada seorang pun kecuali padamu."
Rasulullah s.a.w bersabda:
"katankanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah."