Merawat Marah Secara Amali
1. Baca Ta’awwuz
Apabila dating marah, banyakkan membaca ta’awwuz. Berlindunglah kepada Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam kerana marah itu datangnya daripada syaitan.اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِMaksudnya: “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.”
2. Mengubah Posisi
Ketika marah ubah posisi anda kepada yang lain. Misalnya jika sedang berdiri, cubalah duduk, jika sudah duduk cuba berbaring. Atau jika sedang berada dalam sebuah bilik, maka cubalah keluar ke tempat lain. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan cara ini, cubalah tidur kerana perasaan marah akan reda sebaik bangun daripada tidur.
3. Mengambil Wuduk
Apabila kemarahan sedang memuncak, digalakkan mengambil wuduk kerana wuduk dapat menyejukkan api kemarahan.
4. Diam
Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada marah.
5. Banyakkan Berzikir
Banyakkan berzikir agar dapat mengajak diri kepada mengingati Allah sebagaimana maksud hadis berikut:
“Ucapan yang paling baik yang disukai Allah ada empat(4) perkara, tidak berat kepadamu untuk mengucap bila-bila sahaja iaitu; Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illah dan Allahuakbar.” (Riwayat Muslim)- Istighfar.
- Selawat.
- Zikir Fatimah.6. Menyebut Asmaul Husna.
Sambil berzikir dengan nama-nama Allah, kita memohon semoga Allah mudahkan kita memaafkan orang, dilembutkan hati, sentiasa bersabar serta disayangi Allah dan makhluk yang lain.
7. Melakukan Amalan.
Melakukan amalan-amalan yang menambah keamanan dan mendidik jiwa. Antaranya:
- Solat Taubat.
- Membaca Al-Quran.
- Berpuasa Sunat.
- Membayar Zakat dengan sempurna.
- Melakukan haji dan umrah.
- bersedekah.
- Menolong orang.
- Membuat kebaikkan dan berpesan kepada orang lain dengan kebaikkan.
8. Minum Air dan Berdoa.
Ada orang yang minum air zamzam dan air yang didoakan oleh ulama. Walaupun begitu, hati kita perlulah meletakkan harapan sepenuhnya kepada Allah kerana Allah jua yang berkuasa sepenuhnya dan yang memegang hati hamba-Nya.
9. Mengawal Penafasan.
Penafasan yang berkesan dapat mengawal sifat marah.
Kehadiran oksigen di dalam otak dapat mengurangkan kemarahan. Caranya, cuba bernafas dengan cara berimpak, menarik nafas melalui hidung dengan tujuh (7) kiraan.
Tahan sampai empat belas (14), kemudian lepaskan melalui mulut atau hidung secara perlahan-lahan. Lakukan sebanyak sepuluh (10) kali.
Jika tubuh kita kaya dengan oksigen, oksigen ini akan dibawa oleh darah ke kepala. Oksigen yang kaya dalam darah itu akan membawa ketenangan.
10. Menjaga Diet Pemakanan.
- Makan sayur-sayuran mentah
- Kurangkan makan daging merah dan banyakkan makan daging putih
- Banyakkan makan buah-buahan sebelum makan benda-benda lain- Jangan makan benda-benda yang ada bahan pengawet.
11. Kegiatan Fizikal
Lakukan kegiatan fizikal semasa suhu naik, contohnya buat perenggangan seperti beriadah (Bersenam).
12. Ubah Aktiviti Lain.
Lakukan aktiviti lain untuk lari daripada suasana yang merangsang marah, seperti mendengar lagu dan muzik, melihat sekeliling, memerhatikan orang yang lalu-lalang atau apa sahaja agar reda kemarahan. Pandanglah apa yang ada disekeliling kamu dengan penuh merendah diri dan ubudiyyah kepada Allah.
Insya-Allah hati kita lebih tenang.
msg-cyber