5.10.13

Rindu Itu Menenangkan


Subhanallah.

Alhamdulillah.

Allahuakbar.

Astaghfirullahalazim.

Hari ini,

aku masih bisa merenung langit biru.

Masih bisa menatap kehijauan alam.

Masih bisa bernafas tanpa perlu membayar 2 kupang atas pinjaman udara yang Allah kurniakan.

Masih mampu melangkah meneruskan rutin harian.

Masih diizinkan menikmati nikmat Islam dan Iman.

Walaupun, aku tahu, imanku senipis kulit bawang.

Allahu Allah.

2 Tahun berlalu.

Tapi, aku masih merindui saat- saat diuji.

Aku masih merindui saat- saat ditarbiyah Allah.

Aku rindu saat menangis, merintih, mengadu sesungguh- sungguhnya pada Sang Pencipta.

Aku rindu!!

Aku rindu tika aku membaca ayat- ayatNya, air mata mengalir tanpa dipinta.

Aku rindu saat kaki melangkah, hati masih menangis memikirkan betapa berdosanya diri ini.

Aku rindu saat rendah dirinya aku ini kerana memikirkan betapa jijiknya diri ini.

Aku rindu saat aku mula- mula kena erti cinta hakiki.

Aku rindu saat mula- mula aku sedar bahawa aku masih punya Allah.

Masih punya ibu bapa.

Masih punya abang- abang, kakak, adik.

Sahabat- sahabat.

Allahu Rabbi.

Berat sekali rindu ini.

Tak terungkap dek kata- kata.

Kerana saat ini, aku terasa zalimnya diri ini.

Tidak menunaikan fitrah hamba.

Menidakkan fitrah manusia yang punya cinta hakiki dalam jiwa.

Yang hati- hatinya inginkan kebaikan.

Yang hati- hatinya bencikan kejahatan, kezaliman.

2 tahun berlalu.

Tetapi, aku tidak sekuat dahulu.

Saat aku merintih, merayu pada Illahi, aku rasa kuat sekali.

Kuat kerana aku yakin, Allah sedang memelukku, sedang memujukku.

“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”

Surah Qaaf, ayat 16.

Tika itu, aku senang sekali berkhalwat dengan Allah.

Bersendirian, mengadu, menangis, menyesal, bertaubat.

Tika itu, aku merasa CUKUP.

Lapang, bahagia.

Kini…..

Setelah 2 tahun berlalu.

Aku tidak mampu mengalirkan airmata sederas dahulu.

Tidak mampu bergetar hati, bila disebut nama Allah.

Tidak mampu membaca ayat- ayatNya sekerap dahulu.

Tidak mampu merintih, merayu, menangis seperti dahulu.

Hati yang dulu lembut,

Hati yang dulunya DEKAT sekali dengan Sang Pencipta,

kini kian jauh.

Kerana tidak diuji.

Kerana sudah diberi nikmat kesenangan.

Aku rindu ya Allah.

Rindu sekali dengan saat itu.

Bila tiba saat itu, Engkau dahulu yang aku cari.

Engkau dahulu yang mendengar masalah, luahan aku.

Aku rindu ya Allah.

Rindukan hati yang dulu.

Rindukan tangisan yang dulu.

Rindukan saat itu.

Walau aku tahu, berat sekali ujianMu.

Walau aku tahu, peritnya azabMu.

Walau aku tahu, tidak terkiranya sakit masa diuji.

Kerana dakapan sayangMu ya Allah, aku adalah aku yang sekarang.


Alhamdulillah.

Terima kasih ya Allah, kerana pilih aku.

T T

No comments:

Post a Comment