Tipulah.. Bila tiap-tiap hari simpan niat dalam diri yang kita akan lupakan dia.. padahal dia jugak yang muncul dalam kotak memori bersama dengan kenangan yang ada..
Tipulah.. Bila kita cakap tak nak kisah pasal dia.. dan akhirnya dia juga yang kita kisah dan cuba ambil tahu kehidupan dia macam mana..
Tipulah.. Bila diri ni pernah simpan niat,bahawa kita takkan pernah menangis kerana dia.. dan akhirnya dia juga yg kita tangisi..
Serius.. diri ni pernah rasa semua tu.. pernah rasa saat-saat sakit sampai hilang arah bila ditinggalkan..
Pernah rasa semangat dalam diri ni hilang seperti hilangnya dia dari hidup ini..
Tapi ..Sungguh Allah itu Maha hebat.. disaat diri ni rasa kehilangan.. Dekat Dia juga diri ni menangis dan memohon supaya ditarik rasa sakit dihati ini..
Dekat Dia juga diri ni mohon sungguh - sungguh.. banyak-banyak kali.. supaya dihilangkan beban kecewa dihati ini..
Dekat Dia juga,diri ni berdoa supaya dibantu diri hambaNya yang lemah ini supaya redha atas kehilangan dia agar Allah juga redhai perjalanan hidup kita..
Dan.. setiap kali itulah.. rasa ditiup semangat dan kata - kata dalam diri ini.. bahawa ada orang lain lagi susah daripada aku.. lagi sedih hidupnya daripada aku.. Dan setiap kali itu juga diri ni dapat rasa.. akal fikiranku seperti menasihati supaya Bersabar dan Redha atas apa jua ketentuan dan takdir yang sudah lama Allah tetapkan..
Dan makin lama,diri ni mula memahami.. mula menjadi lebih kuat.. mula belajar senyum dengan ikhlas…mula menyimpan azam menjadi muslimah/muslmin yang lebih baik..dan mula belajar melepaskan dia..
Sungguh memang diri ni faham.. sangat-sangat faham hati memang sakit bila ditinggalkan orang yang kita sayang.. Tapi selalu mesti ada sebab.. Selalu mesti ada hikmah Allah nak tunjuk.. Selalu mesti ada benda Allah nak ajar..Bersyukurlah atas nikmat lain yang masih kau miliki..
Kalau diikutkan masih banyak nikmat yang Allah dah bagi.. diberi mata supaya dapat melihat keindahan ciptaan Allah yang maha hebat.. diberi hidung supaya dpat menghirup nafas segar milik Allah yang sangat menyenangkan hati.. dan banyak lgi nikmat lain yang Allah bagi secara PERCUMA!
Maka,
Pandanglah pada hikmahnya atas kehilangan.. bukan kesedihannya..
Pandanglah pada manisnya kehilangan.. bukan pahitnya..
Berdoalah yang baik-baik kepada dia.. bukannya makian.. Allah pasti menggantikan yang lebih baik daripada dia.. Yakinlah kepada Allah ..
Jangan lupa.. jadilah hamba Allah yang lebih baik akhlaknya,imannya,taqwanya.. sebab wanta yang baik untuk lelaki yang baik.. begitu juga sebaliknya ..
- cloudswatcher
No comments:
Post a Comment