Sesiapapun mungkin akan kecewa apabila keinginan dan cita – citanya tidak tercapai. Perasaan kecewa adalah sebahagian dari Gharizatul Baqa’ (naluri mempertahankan diri) yang Allah ciptakan pada manusia.
Dengannya, manusia adalah manusia bukan robot yang bergerak tanpa perasaan, tetapi manusia memiliki pelbagai emosi jiwa. Boleh dapat bergembira dan juga boleh berasa kecewa.
Dengannya, manusia adalah manusia bukan robot yang bergerak tanpa perasaan, tetapi manusia memiliki pelbagai emosi jiwa. Boleh dapat bergembira dan juga boleh berasa kecewa.
Emosi negatif seperti perasaan kecewa akibat gagal dalam hubungan cinta, bukannya tanpa hikmah. Kesedihan akan memperhalus perasaan manusia, bahkan akan meningkatkan kepekaannya kepada sesama manusia.
Bila diurus dengan baik maka akan semakin matanglah emosi yang terbentuk. Tidak meledak – ledak lalu senyap seketika. Ia akan sedia untuk kesempatan yang seterusnya, kecewa atau gembira.
Jadi mengapa tidak bersyukur apabila kita ternyata boleh kecewa?
Ini kerana dengan adanya perasaan itu bererti kita adalah manusia yang cekal.
Kegagalan meraih cinta juga bukan petanda bencana. Tetapi akan memberikan pengajaran berharga kepada manusia. Seorang ahli falsafah bernama John Charles Salak mengatakan
“Orang – orang yang gagal dibahagi kepada dua: iaitu mereka yang berfikir gagal padahal tidak pernah melakukannya, dan mereka yang melakukan kegagalan dan tak pernah memikirkannya”
Kerananya kegagalan bukanlah akhir kepada segalanya, tetapi sebaliknya menjadi permulaan kepada segala-galanya. Meskipun kedengaran klise tetapi ada benarnya. Ambillah pengajaran dari sebuah kegagalan lalu buatlah pembaikan diri. Tentu sahaja dengan tetap percaya pada qada Allah.
Seorang mukmin itu sungguh menakjubkan, kerana setiap perkaranya itu baik. Namun tidak akan terjadi demikian kecuali pada seorang mu’min sejati. Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur, dan itu baik baginya. Jika dia tertimpa kesusahan, dia bersabar, dan itu baik baginya”. (HR. Muslim)Maka kukuhkanlah keimanan ketika itu terjadi pada kita. Yakinilah bahawa ketetapan Allah sedang berlangsung, dan jadilah penerima yang baik dengan penuh sangka yang baik terhadap-Nya. Tanamkan dalam diri kita “Allah Maha Mengetahui yang terbaik bagi hamba-hambaNya”
Jangan Digoyahkan Rasa Kecewa
Jangan biarkan perasaan kecewa menggoyahkan keimanan kita kepada-Nya. Apalagi dengan terus menanamkan prasangka buruk pada-Nya. Segeralah sedar bahawa ini adalah ujian daripada Allah. Dapatkah kita menerima qada-Nya atau mengutuknya?
Dengan demikian, fragment yang pahit dalam kehidupan, insyaallah akan memperkuatkan lagi keyakinan kita bahawa Allah sayang pada kita.. =)
sumber:
No comments:
Post a Comment