Semua makhluk mendengar jeritan kecuali jin dan manusia.
“Wahai orang yang memandikan, ku minta kepadamu kerana Allah, supaya melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan. Sebab pada saat ini aku baru saja beristirehat daripada seretan malaikat maut!”
Oleh itu, ketika hendak menanggalkan pakaian-pakaian saudara kita yang yang telah meninggal sebaiknya dilakukan dengan perlahan. Jika susah untuk dibuka, gunting saja pakaian tersebut.
Orang yang meninggal dunia (yakni ketika roh di cabut oleh malaikat maut), sakitnya seperti di tikam 300 kali. Walaupun pada zahirnya tubuh masih sempurna tapi pada hakikatnya tubuh tersebut telah hancur luluh.
Begitu juga sewaktu dimandikan, dikafankan, dan seterusnya sewaktu di usung ke kubur, roh sentiasa merintih mengharapkan pembelaan daripada manusia.
Sewaktu air disiramkan ke badannya ia menjerit:
“Wahai orang yang memandikan jasad, Demi Allah, janganlah engkau menuangkan air mu dalam keaadaan panas. Dan jangan pula terlalu sejuk.Sebab tubuhku terbakar dengan keluarnya roh.”
Dan ketika mereka memandikan berkatalah roh:
“Demi Allah, Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat. Sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya rohku.”
Sewaktu di mandikan dan di bersihkan najis pada kemaluan, janganlah di biarkan mayat tersebut terbuka hingga menampakkan auratnya, sudah tentu roh berasa malu dan menangis bila auratnya di pertunjukkan pada orang. Sedangkan ketika hidup sangat di jaga auratnya itu.
Begitulah seterusnya, mayat merasa sakit sekiranya tubuhnya di perlakukan dengan kasar. Untuk mengatasi masalah ini, keluarga dan juga para tetamu yang datang janganlah cuma menangis dan bersedih. Sebaliknya berikanlah bantuan dengan menghadiahkan bacaan Ya’asin atau sekurang-kurangnya sedekahkanlah Al Fatihah.
Rasulullah sendiri melarang berbincang bincang hal-hal dunia di hadapan mayat. Apalagi mengumpat dan menceritakan keburukkannya semasa hidup.
Begitu juga dengan memasak dan makan-minum di rumah yang di dalamnya ada mayat. Usahakanlah memberi bantuan kepada kaum keluarga yang telah ditinggalkan oleh saudara mereka.
Sewaktu mayat dikeluarkan dari rumah, roh pun menyeru:
“Demi Allah, wahai jemaah ku, Aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anak ku telah menjadi yatim, maka janganlah kalian menyakiti mereka .. Sesungguhnya Pada hari ini aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali selamanya.”
Perkara-perkara yang perlu di tekankan di sini untuk umat Islam:
Jangan disediakan makan dan minum di rumah yang ada mayat kerana pernah saya menghadiri pengkebumian saudara-saudara kita dan masih ramai malah mereka dengan tidak sedar menghidangkan makan minum kepada para tamu yang datang melawat orang yang meninggal kerana mereka sebenarnya tidak tahu(jahil)
Asingkanlah tempat untuk dimandikan mayat tadi dari pandangan orang dan setidaknya di tiraikan kain atau tempat khusus untuk menjaga keaiban pada mayat tadi.
Dan yang paling harus diingat, Jangan membongkar keaiban orang yang sudah meninggal tadi selepas kita mandikan mayatnya. Najis keaiban itu adalah suatu dosa yang paling besar, Naudzubillah..
Oleh sebab itu ditekankan di sini, sebaik baiknya orang yang akan sama-sama memandikan mayat biarlah dari kaum keluarga yang paling dekat sekali terutama anak-anak dan cucu-cucu. Untuk menjaga keaiban keluarganya yang telah pergi, Semoga di berkati oleh Allah adanya.
Jangan berdiam diri saja atau berbincang-bincang dalam soal keduniaan apabila kita melawat orang yang meninggal kerana mayat tersebut sesungguhnya berada dalam keadaan kesakitan sampai di kuburkan.
Sebaik-baiknya bacalah Yasin dan sedekahkanlah Al Fatihah untuk orang yang telah meninngal dunia.
Penghantaran ke kubur, sebaik-baiknya kaum keluarga yang terdekat sekali terutama anak-anak dan cucu-cucu mengusung dan menguburkan mayat sehingga akhir, ke liang-Lahat kerana mereka lebih mengetahui, lebih memahami, lebih mengenal, lebih terasa akan kehalusan persaudaraan dalam aspek menjaga, mengawal dan menentukan mayat sampai selesai dari saat menghembuskan nafas terakhir sehingga di kuburkan.
Dalam satu riwayat disebutkan:
Sewaktu roh terpisah dari tubuh, ia dipanggil dari langit dengan tiga kali jeritan:
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, ‘Wahai polan bin si polan'
• Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu?
• Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu?
• Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu?
• Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu?
KETIKA MAYAT BERSEDIA UNTUK DIMANDIKAN
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Polan bin Si polan'
• Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah?
• Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini diam Tak Bersuara?
• Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa?
• Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Ghaib Tak Bersuara?
KETIKA MAYAT SIAP DIKAFANKAN
Suara Dari Langit Terdengar Memekik,’Wahai polan bin si polan'
• Berbahgialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Redha Allah.
• Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah.
• Kini Kau Telah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal.
• Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya.
• Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.
KETIKA JENAZAH DI USUNG
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai polan bin si polan'
• Berbahgialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan.
• Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat.
• Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.
KETIKA MAYAT SIAP DISOLATKAN
Terdengar dari Langit Suara Memekik, ‘wahai polan bin si polan'
• Setiap apa Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat.
• Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik.
• Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.
KETIKA MAYAT DIBARINGKAN DI LIANG LAHAD
terdengar Suara Memekik Dari Langit,’wahai polan bin si polan'
• Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini.
'Wahai polan bin si polan'
• Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis.
• Dahulu Kau Bergembira, Kini Dalam Perutku Kau Berduka.
• Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau terdiam Seribu Bahasa.
KETIKA SEMUA MANUSIA MENINGGALKANNYA SENDIRIAN
Setelah para manusia pulang meninggalkan mayat yang sudah dikuburkan itu lalu Allah SWT berfirman:
"Wahai hamba-Ku, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah pergi dan pulang meninggalkanmu dalam kegelapan kubur. Padahal kamu telah berbuat maksiat kepadaKu kerana para manusia, kerana isteri dan kerana anak.
Namun aku sangat mengasihani mu pada hari ini dengan limpahan rahmat, yang dengannya para makhluk sama kagum. Dan Aku lebih mengasihani mu daripada kasih ibu kepada anaknya."
Allah Berkata Kepadanya, ‘Wahai Hamba-Ku'
Kini Kau Tinggal Seorang Diri Tiada Teman Dan Tiada Kerabat Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap, Mereka Pergi Meninggalkanmu Seorang Diri Padahal, Kerana Mereka Kau Pernah melanggar PerintahKu Hari Ini, Akan Kutunjukan Kepadamu Kasih Sayang-Ku Yang Akan Takjub Seisi Alam Aku Akan Menyayangimu Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman:
"Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu Dengan Hati Yang Puas Lagi Diredhai-Nya Maka Masuklah Ke Dalam Jemaah Hamba-Hamba-Ku Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"
Demikianlah keterangan dalam suatu riwayat mengenai beberapa ucapan dan jeritan serta teriakan yang di tujukan kepada mayat, Dari rohnya keluar dari jasad sehingga mayat ditutupi tanah dalam kubur.
Subhanallah..
Pribadi yang BERDZIKIR ITU INDAH,
Setiap KALAMNYA adalah DAKWAH,
Setiap DIAMNYA adalah DZIKIR,
Setiap NAFASNYA adalah TASBIH,
Setiap PANDANGAN MATANYA adalah RAHMAT,
Setiap SUARA TELINGANYA selalu TERJAGA,
Setiap FIKIRANNYA adalah BAIK SANGKA,
Setiap GERAK HATINYA adalah DOA,
Setiap SENTUHAN TANGANNYA adalah SEDEKAH,
Setiap LANGKAH KAKINYA adalah JIHAD,
Kekuatannya adalah SILATURAHMI,
Kesibukannya adalah ASYIK MEMPERBAIKI DIRI,
Kerinduannya adalah TEGAKNYA SYARIAT ALLAH SWT,
Semoga kita mendapat pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai.. AMIIN.
Wallahu’alam bishshawab,
Wabillahi Taufik Wal Hidayah,
Salam Dari Sahabat Untuk Sahabat..
Semoga penulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang dah lama terkunci.