15.1.13

Bagaimana Menghadapi Kritikan Atau Teguran Yang Pedas?


Pandanglah kritikan dari sudut positif dan melihat apakah kritikan itu kena pada tempatnya. Fikirkan motif orang yang mengkritik serta ramalkan emosinya. Sentiasalah bersikap tenang.

Sebenarnya kita dapat membuatkan kritikan atau teguran menjadi sesuatu yang bermanfaat kepada diri kita. Terimalah kritikan yang dilontar dengan tenang dan tidak terlalu tertekan dengan kritikan itu,

Ketika kita sedang dikritik atau dikomplen, pastikan kritikan itu kena pada tempatnya. Kerahkan diri kita untuk meninjau sumber kritikan itu. Kalau sumbernya seorang pakar atau berkuasa seperti majikan kita, adalah lebih elok untuk kita mendengar sahaja. Harus kita ingat, tidak semua perkara boleh dikritik. Jika perkara itu seperti gagal untuk memenuhi janji, ia adalah wajar untuk dikritik. Tetapi jika ianya dari segi warna pakaian, itu tentunya tidak boleh dikritik sebab di menyangkut persoalan citarasa.


Pernahkah kita dikritik atau ditegur berulang kali atas perkara yang sama?

Jika kita pernah dikritik berulangkali untuk hal yang sama, mungkin kita perlu memberikan perhatian. Fikirkan motif orang yang memberikan kritikan itu. Ramalkan keadaan emosinya. Kalau orang yang sedang mengkritik itu jelas sekali sedang marah, maka dialah yang perlu dikritik dan mempunyai masalah, bukan kita.
 

Beberapa perkara perlu dihindari semasa kita dikritik. Antaranya adalah: Rileks. 

Kalau ada seseorang mengatakan kasut kita tidak matching dengan pakaian kita, berikan reaksi hanya terhadap perkara itu sahaja. Tak perlu merasa rendah diri dan lemah dalam segala hal, melibatkan semua perkara lain. Kalau majikan kita memanggil kita dan menyuruh kita datang tepat pada waktunya, ini tidak bererti dia akan memecat kita


Jangan terus membantah segala kritikan.

Bersabarlah walaupun ia menimbulkan rasa tidak selesa dihati kita. Sebagai contoh, jika kita terlewat pulang ke rumah dan suami / ibubapa mengomel atau membebel mengenainya, tiada faedahnya jika kita membantah dan melawan kembali. Memang sukar untuk mengawal emosi ketika waktu ini, tetapi berusahalah untuk melakukannya.


Jangan memberi dalih atau diam membisu.

membela diri tidak menghasilkan apa - apa, dan mendiamkan diri dalam konteks ini adalah lebih pasif. Memberikan alasan yang munasabah / perkara yang sebenar adalah lebih baik.


Jangan memberikan persetujuan yang tidak jujur.
Jangan memberikan persetujuan yang “tidak jujur” jika kita tidak besetuju dengan kritikan yang dilemparkan melalui reaksi seolah - olah kita bersetuju. Orang yang mengkritik kita akan cuba mencari bukti adanya perubahan. kalau tiada sebarang perubahan yang terjadi, dia akan menganggap kita telah menipu,


Jika kita dilemparkan dengan kritikan yang tidak membina, cara ini boleh membantu:

1. Sentiasa tetap tenang dalam mendengar segala kritikan yang dilontarkan

2. Minta penjelasan tentang kritikannya

3. Minta jalan penyelesaian terhadap masalah yang ditimbulkan. Orang yang mengkritik itu sepatutnya memberikan alternatif.

Setelah kita mengetahui bahawa kritikan itu kena pada tempatnya, kita mempunyai tiga pilihan:

1. Menerima kritikan itu tanpa bantahan

2. Meminta tempoh untuk mengubah sikap secara bijaksana dan penuh hikmah

3. Jika kita tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh beliau, beritahulah dengan cara yang bijaksana:
“Saya memahami perasaan awak, tetapi maafkan saya kerana saya tidak dapat bersetuju dengan perkara tersebut”.

Bagaimana Jika Kita Ingin Memberi Teguran atau Kritikan?

Kadangkala, apabila timbul sesuatu yang kurang elok atau kurang menyenangkan, kita pula yang harus memberikan teguran dan kritikan. Pantang larang yang paling utama yang harus kita ingat adalah, Teguran atau kritikan yang ingin disampaikan jangan sekali-kali dibuat di khalayak ramai. Lakukan secara peribadi, berilah peluang kepada orang itu untuk menjaga air mukanya, dan hanya lakukan teguran / kritikan atas dasar ingin membina dan memperbaiki diri. Janganlah menimbulkan rasa kecil hati.


Pisahkan perbuatan daripada orangnya, kerana kita hanya tidak suka pada perbuatannya sahaja. Yakinlah bahawa kita tahu segala perbuatannya kerana kita tidak boleh mengatakan seseorang itu biadap atau tidak baik tanpa memberitahu secara jelas apa yang telah dilakukan dan kesalahan yang telah dibuat olehnya. Kenalpasti apa akibat daripada tingkahlaku yang tidak menyenangkan kita itu. Kerana dengan cara ini sahajalah kita mempunyai asas untuk melontarkan teguran dan kritikan.


Pilihlah waktu dan tempat yang sesuai untuk mengemukakan pandangan kita.Kritikan yang tajam dapat dilakukan dengan sempurna jika bertepatan dengan waktunya. Kritikan dan teguran pada waktu yang tidak bersesuaian akan memburukkan lagi keadaan.

Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepada kamu. Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang bersabar. An-Nahl:126

akuislam


No comments:

Post a Comment