Tips Menghadapi Tekanan Pelajaran
1.Buatlah persiapan awal dalam menghadapi peperiksaan seperti menghabiskan sukatan pelajaran, mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi.
2.Anda mestilah mampu mengawal mental dan emosi kesan stress tersebut agar tidak menjejaskan fokus pembelajaran anda yang berkemungkinan boleh menyebabkan kesan negatif seperti..blank, lupa, gementar yang keterlaluan dan
sebagainya.Jika perlu mintalah nasihat kawan-kawan, guru-guru, kaunselor sekolah dan sebagainya.
3.Sekiranya anda mengalami tahap stress yang teruk seperti menghadapi masalah sukar untuk tidur, tidak berselera untuk makan, fikiran tidak tenteram dan sebaginya akibat terlalu memikirkan masalah pembelajaran dan peperiksaan yang akan anda hadapi maka cepet-cepatlah mengambil tindakan yang sepatutnya sebagaimana yang di nyatakan di atas.
4.Biasanya apabila tamat satu-satu kertas peperiksaan dan kebetulan anda tidak dapat menjawab dengan baik maka...janganlah terlalu memikirkannya agar tidak menjejaskan kertas-kertas peperiksaan berikutnya.
5.Bagi memantapkan aspek kerohanian dan mentaliti anda dalam menghadapi peperiksaan maka ...ada baiknya anda membanyakkan DOA dan SEMBAHYANG anda memohonan ketenangan dan ketajaman pemikiran dalam menghadapi peperiksaan.
6.Walau pun dalam menghadapi stress peperiksaan anda dinasihatkan agar menjaga aspek pemakanan anda kerana kegagalan anda berbuat demikian berkemungkinan akan menambah kesan stress tersebut kepada anda.
7.Anda juga diingatkan agar menjaga kesihatan anda, supaya kesan stress tersebut dapat diminimumkan.
8.Sekiranya anda menghadapi stress yang teruk ketika menduduki peperiksaan, anda bolehlah keluar sekejap (jika perlu) untuk mencuci muka, meminum air, dan sebagainya.
|