Di antara jenis sabar adalah sabar terhadap takdir Allah.
Hal ini berkaitan dengan tauhid rububiyyah, kerana sesungguhnya pengaturan makhluk dan menentukan takdir atas mereka adalah termasuk dari tuntutan rububiyyah Allah Ta’ala..
Perbezaan antara Al-Qadar & Al-Maqduur
Qadar atau takdir mempunyai dua makna.
Yang pertama:
al-maqduur iaitu sesuatu yang ditaqdirkan.
Yang kedua:
fi’lu Al-Muqaddir iaitu perbuatannya Al-Muqaddir (Allah Ta’ala).
Adapun jika dikaitkan kepada perbuatannya(Allah)
maka wajib atas manusia untuk redha dengannya dan bersabar.
Dan jika dinisbahkan kepada al-maqduur maka wajib atasnya untuk bersabar dan disunnahkan redha.
Contohnya adalah:
Allah telah mentakdirkan keretanya terbakar, hal ini bermaksud Allah telah mentakdirkan kereta tersebut terbakar.
Maka ini adalah qadar yang wajib atas manusia agar redha dengannya, kerana hal ini merupakan di antara kesempurnaan redha kepada Allah sebagai Rabbi.
Adapun jika dikaitkan kepada al-maqduur iaitu terbakarnya kereta maka wajib atasnya untuk bersabar dan redha dengannya adalah sunnah bukan wajib menurut pendapat yang kuat.
Sedangkan al-maqduur itu sendiri boleh berupa ketaatan, kemaksiatan dan kadang-kadang merupakan dari perbuatannya Allah semata.
Adapun yang berupa ketaatan maka wajib redha dengannya, sedangkan bila berupa kemaksiatan maka tidak boleh redha dengannya dari sisi bahwasanya hal itu adalah al-maqduur, adapun dari sisi bahawasanya itu adalah takdir Allah maka wajib redha dengan takdir Allah pada setiap keadaan, dan kerana inilah Ibnul Qayyim berkata:
“Maka kerana itulah kita redha dengan qadha` (ketentuan Allah) dan kita marah terhadap sesuatu yang ditentukan apabila berupa kemaksiatan.”
Maka barangsiapa yang melihat dengan kacamata Al-Qadha` wal Qadar kepada seseorang yang berbuat maksiat maka wajib atasnya redha kerana sesungguhnya Allah yang telah metakdirkan hal itu dan padanya ada hikmah dalam takdirnya.
Dan sebaliknya apabila dia melihat kepada perbuatan orang tersebut maka tidak boleh redha dengannya kerana perbuatannya tadi adalah maksiat.
Inilah perbezaan antara al-qadar dan al-maqduur.
Bagaimana Manusia Menghadapi Musibah?
Di dalam menghadapi musibah, manusia terbagi menjadi empat peringkat:
Pertama:
marah, yaitu ketika menghadapi musibah dia marah baik dengan hatinya seperti benci terhadap Rabb nya dan marah terhadap takdir Allah atasnya, dan kadang-kadang sampai kepada tahap kekufuran,
Allah berfirman:
“Dan di antara manusia ada orang yang beribadah kepada Allah dengan berada di tepi, maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang, Rugilah ia di dunia dan di akhirat, Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.” (Al-Hajj:11)
Atau dia marah dengan lisannya seperti menyeru dengan kecelakaan dan kebinasaan dan yang sejenisnya.
Atau marah dengan anggota badannya seperti menampar pipi, mengoyak poket baju, menarik rambut, menghantuk kepala ke tembok dan yang sejenis dengannya.
Kedua:
sabar,
iaitu sebagaimana ucapan penyair:
“Sabar itu seperti namanya, pahit rasanya, akan tetapi akibatnya lebih manis dari madu.”
Maka orang yang sabar itu akan melihat bahwasanya musibah ini berat baginya dan dia tidak menyukainya, akan tetapi dia membawanya kepada kesabaran, dan tidaklah sama di sisinya antara adanya musibah dengan tidak adanya, bahkan dia tidak menyukai musibah ini akan tetapi keimanannya melindunginya dari marah.
Ketiga:
redha, dan ini lebih tinggi dari sebelumnya, iaitu dua perkara tadi (ada dan tidak adanya musibah) di sisinya adalah sama ketika dikaitkan dengan qadha dan qadar (takdir/ketentuan Allah) walaupun boleh jadi dia bersedih kerana musibah tersebut, Kerana sesungguhnya dia adalah seseorang yang sedang berenang dalam qadha dan qadar, kemana saja qadha dan qadar singgah maka dia pun singgah bersamanya, baik di atas kemudahan ataupun kesulitan, Jika diberi kenikmatan atau ditimpa musibah, maka semuanya menurut dia adalah sama.
Bukanlah kerana hatinya mati, bahkan kerana sempurna redhanya kepada Rabbinya, dia bergerak sesuai dengan kehendak Rabb nya.
Bagi orang yang redha, adanya musibah ataupun tidak, adalah sama, kerana dia melihat bahawasanya musibah tersebut adalah ketentuan Rabb nya. Inilah perbezaan antara redha dan sabar.
Keempat:
bersyukur, dan ini adalah darjat yang paling tinggi, iaitu dia bersyukur kepada Allah atas musibah yang menimpanya dan jadilah dia termasuk dalam golongan hamba-hamba Allah yang bersyukur ketika dia melihat bahawa di sana terdapat musibah yang lebih besar darinya, dan bahawasanya musibah-musibah dunia lebih ringan daripada musibah-musibah agama, dan bahawasanya ‘azab dunia lebih ringan daripada ‘azab akhirat, dan bahawasanya musibah ini adalah sebab agar dihapuskan dosa-dosanya, dan kadang-kadang untuk menambah kebaikannya, maka dia bersyukur kepada Allah atas musibah tersebut.
Nabi s.a.w bersabda:
“Tidaklah suatu musibah menimpa seorang muslim kecuali Allah akan hapuskan (dosanya) kerana musibah tersebut, sampai pun duri yang menusuknya.”
(HR. Al-Bukhariy 5640 dan Muslim 2572 dari ‘Aisyah)
“Tidaklah seorang muslim ditimpa keletihan/kelelahan, sakit, sedih, duka, gangguan ataupun gundah gulana sampai pun duri yang menusuknya kecuali Allah akan hapuskan dengannya kesalahan-kesalahannya.”
(HR. Al-Bukhariy no.5641, 5642 dari Abu Sa’id Al-Khudriy dan Abu Hurairah)
Bahkan kadang-kadang akan bertambahlah iman seseorang dengan musibah tersebut.
Bagaimana Mendapatkan Ketenangan?
Allah Ta’ala berfirman:
“Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.”
(At-Taghaabun:11)
Yang dimaksud dengan “beriman kepada Allah” dalam ayat ini adalah beriman kepada takdirnya.
Firmannya:
“nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hati” iaitu Allah akan memberikan ketenangan kepadanya, Dan hal ini menunjukkan bahawa iman itu berkaitan dengan hati, apabila hatinya mendapat petunjuk maka anggota badannya pun akan mendapat petunjuk pula, berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Sesungguhnya di dalam jasad terdapat segumpal daging, apabila baik maka akan baiklah seluruh jasadnya dan apabila rosak maka akan rosaklah seluruh jasadnya, ketahuilah segumpal daging itu adalah hati.”
(HR. Al-Bukhariy no.52 dan Muslim no.1599 dari An-Nu’man bin Basyir)
Berkata ‘Alqamah (menafsirkan ayat di atas):
“iaitu seseorang yang ditimpa suatu musibah lalu dia mengetahui bahawa musibah tersebut dari sisi Allah maka dia pun redha dan menerima (berserah diri kepadanya).”
Tafsiran ‘Alqamah ini menunjukkan bahawa redha terhadap takdir Allah disebabkan imannya, kerana sesungguhnya barangsiapa yang beriman kepada Allah maka bererti dia mengetahui bahawa takdir itu dari Allah, sehingga dia redha dan menerimanya.
Maka apabila dia mengetahui bahawa musibah itu dari Allah, akan tenang dan senanglah hatinya dan kerana inilah di antara penyebab terbesar seseorang merasakan ketenangan dan kesenangan adalah beriman kepada qadha dan qadar.
Tanda Kebaikan & Keburukan Seorang Hamba
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Apabila Allah menginginkan kebaikan kepada hambanya maka Allah akan mensegerakan balasan di dunia, dan apabila Allah menginginkan keburukan kepada hambanya maka Allah akan menunda balasan dari dosanya, sampai Allah sempurnakan balasannya di hari kiamat.”
(HR. At-Tirmidziy no.2396 dari Anas bin Malik, lihat Ash-Shahiihah no.1220)
Dalam hadits ini dijelaskan bahawa Allah menginginkan kebaikan dan keburukan kepada hambanya, Akan tetapi keburukan yang dimaksudkan di sini bukanlah kepada zatnya keburukan tersebut berdasarkan sabda Rasulullah:
“Dan keburukan tidaklah disandarkan kepadamu.”
(HR. Muslim no.771 dari ‘Ali bin Abi Thalib)
Maka barangsiapa menginginkan keburukan kepada zatnya maka keburukan itu disandarkan kepadanya.
Akan tetapi Allah menginginkan keburukan kerana suatu hikmah sehingga jadilah hal itu sebagai kebaikan, ditinjau dari hikmah yang dikandungnya.
Sesungguhnya seluruh perkara itu di tangan Allah S.W.T dan berjalan sesuai dengan kehendaknya kerana Allah berfirman tentang diri-Nya:
“Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki.”
(Huud:107)
Dan juga Dia berfirman:
“Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.” (Al-Hajj:18)
Maka semua perkara itu di tangan Allah.
Dan seseorang tidak akan lepas dari salah/keliru, berbuat maksiat dan kurang dalam menunaikan kewajiban, maka apabila Allah mengkehendaki kebaikan kepada hambanya, akan Allah segerakan baginya balasan (dari perbuatan dosanya) di dunia, apakah diuji dengan hartanya atau keluarganya atau dirinya sendiri atau dengan seseorang yang menjadi sebab adanya ujian-ujian tersebut.
Yang jelas, dia akan disegerakan balasan (dari perbuatan dosanya).
Karena sesungguhnya balasan akibat perbuatan dosa dengan diuji pada hartanya, keluarganya ataupun dirinya, itu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan.
Maka apabila seorang hamba disegerakan balasannya dan Allah hapuskan kesalahannya dengan hal itu, maka bererti Allah mencukupkan balasan kepadanya dan hamba tersebut tidak mempunyai dosa lagi kerana dosa-dosa telah dibersihkan dengan adanya musibah dan bencana yang menimpanya.
Bahkan kadang-kadang seseorang harus menanggung beratnya menghadapi sakaratul maut kerana adanya satu atau dua dosa yang dia miliki supaya terhapus dosa-dosa tersebut, sehingga dia keluar dari dunia dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.
Dan ini adalah suatu kenikmatan kerana sesungguhnya ‘azab dunia itu lebih ringan daripada ‘azab akhirat.
Akan tetapi apabila Allah meniginginkan keburukan kepada hambanya maka akan Allah biarkan dia dalam keadaan penuh kemaksiatan dan akan Allah curahkan berbagai kenikmatan kepadanya dan Allah hindarkan malapetaka darinya sampai dia menjadi orang yang sombong dan bangga dengan apa yang Allah berikan kepadanya.
Dan ketika itu dia akan menjumpai Rabbinya dalam keadaan bergelimang dengan kesalahan dan dosa lalu dia pun di akhirat diseksa akibat dosa-dosa tersebut.
Kita minta kepada Allah keselamatan.
Maka apabila engkau melihat seseorang yang nampak dengan kemaksiatan dan telah Allah hindarkan dia dari musibah serta dituangkan kepadanya berbagai kenikmatan maka ketahuilah bahawa Allah menginginkan keburukan kepadanya, kerana Allah mengakhirkan balasan dari perbuatan dosanya sampai dicukupkan balasan pada hari kiamat.
Apabila Allah Mencintai Suatu Kaum
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya besarnya balasan tergantung besarnya ujian, dan sesungguhnya Allah Ta’ala apabila mencintai suatu kaum maka Allah akan menguji mereka
(dengan suatu musibah), maka barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan (dari Allah) dan barangsiapa yang marah maka baginya kemarahan (Allah).”
(HR. At-Tirmidziy no.2396 dari Anas bin Malik, lihat Silsilah Ash-Shahiihah no.146)
“Sesungguhnya besar balasan bergantung besarnya ujian”
iakni semakin besar ujian, semakin besar pula balasannya. Maka dugaan yang ringan balasannya pun ringan, sedangkan dugaan yang besar/berat maka pahalanya pun besar kerana sesungguhnya Allah S.W.T mempunyai keutamaan terhadap manusia.
Apabila mereka ditimpa musibah yang berat maka pahalanya pun besar dan apabila musibahnya ringan maka pahalanya pun ringan.
“Dan sesungguhnya Allah Ta’ala apabila mencintai suatu kaum maka Allah akan menguji mereka”
ini merupakan kabar gembira bagi orang beriman, apabila ditimpa suatu musibah maka janganlah dia menyangka bahawa Allah membencinya bahkan boleh jadi musibah ini sebagai tanda kecintaan Allah kepada seorang hamba.
Allah uji hamba tersebut dengan musibah-musibah, apabila dia redha, bersabar dan mengharap pahala kepada Allah atas musibah tersebut maka baginya keredhaan (dari Allah), dan sebaliknya apabila dia marah maka baginya kemarahan (Allah).
Dalam hadits ini terdapat anjuran, pemberian semangat sekaligus perintah agar manusia bersabar terhadap musibah-musibah yang menimpanya sehingga ditetapkan untuknya keredhaan dari Allah S.W.T
Wallaahul Muwaffiq.