Dengan senyuman, dengan berlapang dada, dengan memaafkan orang lain.
Dalam hidup ini, Adakalanya manusia yang menjadi ujian kepada kita. Meskipun kita tak
'cari pasal', tapi tanpa disangka ada yang mengganggu juga kita. Itu mungkin ujian, ujian dari Sang Maha Cinta.Apabila Allah sayang pada seseorang hamba, Allah akan mengujinya.
Mungkin ujian itu datang kepada kita sebagai kaffarah dosa-dosa kita yang lalu. Tidak ada musibah yang menimpa seseorang hamba melainkan Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu.
Meskipun berat, belajarlah untuk memaafkan.. Mungkin ia menjadi kunci untuk membuka pintu ketenangan. Kata Al-Fadhil Al-Habib Syed Abdul Kadir Al-Joofre,antara petua untuk mengelakkan penyakit darah tinggi ialah dengan belajar untuk memaafkan orang lain."Hikmah memaafkan orang lain, antaranya dapat memberi ketenangan pada orang yang kita maafkan.
"Alhamdulillah,akhirnya dia maafkan jugak aku ini.."
Secara tak langsung,apabila kita memaafkan orang lain, kita membantunya untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Dan sesiapa yang membantu orang lain, Allah akan membantunya."
(Al-Fadhil AlHabib Syed Abdul Kadir Al-joofre,hafidzhahulla)
Sabar di atas musibah, dapat pahala daripadaNya.
Sabar di atas gangguan manusia, tanda cinta daripadaNya.
Sabar di atas kefaqiran, tanda redha daripadaNya.
Orang yang paling sempit hidupnya ialah orang yang selalu membenci orang lain, kerana dia 'terpaksa' mengelak dari bertemu dengan orang yang dibencinya dan hatinya selalu sempit kerana perasaan benci yang ada dalam hatinya.
Berbeza dengan orang yang pemaaf dan tidak mudah membenci. Hidupnya luas, bebas bergerak kerana tidak perlu 'lari' daripada orang yang dibenci. Hatinya pun tenang kerana tiada perasaan benci.
Belajarlah untuk memaafkan.