12.11.12

Apabila Kritikan Tajam Dan Cemuhan Menggoyahkan Kita



Sang Pencipta dan Pemberi rezeki  Yang Maha Mulia, Allah SWT acapkali mendapat cacian dan cercaan dari orang – orang pandir yang tidak tahu menggunakan akal. Maka apatah lagi kita sebagai manusia yang selalu tersilap dan tersalah.

Dalam hidup ini, terutamanya jika kita jenis seorang yang selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha untuk membangunkan, maka kita akan selalu menjumpai kritikan-kritikan yang pedas dan pahit. Bahkan mungkin juga sesekali mendapat cemuhan dan hinaan daripada orang lain.
Mereka tidak pernah diam mengkritik kita sebelum kita dibawa masuk ke dalam liang lahad, menaiki tangga ke langit dan terpisah dengan mereka. Bila kita berada ditengah kalangan mereka, ada sahaja perbuatan mereka untuk menjatuhkan kita, membuatkan kita bersedih, menitiskan air mata dan mengusik ketenangan kita.
Perlu diingat, orang yang duduk diatas tanah tidak akan pernah jatuh, dan manusia tidak akan akan menendang anjing yang sudah mati. Biarlah mereka marah & tidak suka kepada kita, kerana mungkin kita telah mengungguli mereka dalam perkara kebaikan, keilmuan, tindak tanduk atau harta. Jelasnya, kita berada dimata mereka.
Oleh itu, waspadalah terhadap setiap apa yang mereka katakan, kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan penghinaan mereka. Jika kita merasa terusik dan tergugat oleh kritikan mereka, maka kita telah menjayakan hasrat mereka untuk melihat kita terkubur. 
Yang terbaik adalah menjawab dan membalas kritikan mereka dengan menunjukkan akhlak yang baik. Acuhkan mereka dan jangan kita merasa tertekan dengan mereka yang ingin menjatuhkan kita. 
Ini kerana setiap ungkapan mereka yang menyakitkan itu pada hakikatnya mereka penghormatan buat kita, tarbiyyah untuk menjadikan kita semakin kuat. Semakin tinggi darjat kita, semakin pedas pula kritikan yang bakal diterima oleh kita. Kita tak mampu menutup mulut mereka, yang kita mampu adalah menguburkan dalam-dalam setiap kritikan mereka.

“…matilah kamu dengan kemarahan kamu itu..” (Ali Imran; 119)


Kita juga boleh melawan perkataan buruk mereka dengan berdiam seribu bahasa, dengan cara memperbaiki akhlak dan meluruskan setiap kesalahan kita.


Bila kita berangan-angan ingin diterima oleh semua pihak, dicintai oleh semua orang dan tidak pernah dicela, itu bererti kita telah menginginkan sesuatu yang mustahil terjadi dan pasti tidak akan berlaku. Kerana ini adalah lumrah kehidupan, kita tidak akan mampu memuaskan hati setiap manusia..

sumber dari:Aku islam
(
Buku La Tahzan (Dr.Aidh Abdullah Al Qarni)