30.11.12

Magnet Hati


Kehidupan ini memiliki suatu misteri tersendiri. Bumi kita memiliki medan magnet yang sangat besar, Alam semesta pun memiliki medan magnet dan gaya gravitinya tersendiri. Semua beredar pada orbitnya dan berputar pada paksinya ..
Manusia juga memiliki misterinya sendiri, kemampuan yang membuat seseorang boleh menjadi sangat ‘kecil’ mahupun boleh menjadi sangat ‘besar’.  Apabila terkongkong oleh fikirannya sendiri, manusia akan menjadi sangat kerdil. Dengan kebesaran hatinya juga manusia dapat menjadi besar. Kekuatan fikiran manusia adalah sangat tidak terbatas.
Dengan ‘magnet hati’ yang akan membuatkan kita mengenali kemampuan diri sendiri..
Mengapa ada orang yang senang berkawan dengan kita?
mengapa ada yang menolak kita? 
mengapa ada daya tarik menarik antara kita?
dan ada daya tolak menolak diantara kita?
Ini semua kerana disebabkan oleh magnet hati yang kita miliki.
Dari gelombang magnet yang kita pancarkan, itulah yang akan menarik apa-apa di sekeliling kita, yang sesuai dengan gelombang tersebut.
Medan magnet yang positif, akan membawa kebahagiaan. Dengan mengunakan kekuatan gelombang medan magnet ditambah dengan (cinta kasih, kasih sayang dan kesabaran) tentunya akan menghasilkan medan magnet yang dahsyat dan luar biasa.  Ia akan memberikan kita perkara yang positif pula. Ia akan memberikan kebahagiaan
Memberi kekuatan dalam menjalankan hidup kita, kerana semua perkara yang positif sudah terlekat pada diri kita.
Medan magnet negatif tidak perlu dibahaskan lagi, kerana tanpa disedari, setiap saat, setiap detik akan menghasilkan sesuatu seperti yang sering kita rasakan, iaitu derita yang tiada akhir…
Oleh itu, jika mahu mengubah hidup, hanya pilih medan magnet hati apa yang ingin kita gunakan.
Hidup ini penuh dengan suka dan  silih berganti,  seperti magnet dengan daya tarikan atau tolakan..
Semua ada dalam diri kita.. Gunakan dan rasakan faedahnya!