7.12.12

Akal,Hati dan Pancaindera Nikmat Kurniaan Allah S.W.T

walaqad dzara/naa lijahannama katsiiran mina aljinni waal-insi lahum quluubun laa yafqahuuna bihaa walahum a'yunun laa yubshiruuna bihaa walahum aatsaanun laa yasma'uuna bihaa ulaa-ika kaal-an'aami bal hum adhallu ulaa-ika humu alghaafiluuna

Maksudnya :

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Kedatangan azab Allah kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayat nya dengan cara istidraj [584].
iaitu: dengan membiarkan orang itu bergelimang dalam kesesatannya, hingga orang itu tidak sedar bahawa dia didekatkan secara berangsur-angsur kepada kebinasaan.



Isi-isi penting yang terkandung di dalam ayat.

1. Menjelaskan tentang penghuni neraka jahannam terdiri daripada jin dan manusia yang menyalahgunakan nikmat pancaindera.

2. Menjelaskan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT mengurniakan empat nikmat besar kepada manusia.

3. Manusia dianggap makhluk yang lalai kerana:-

  • Manusia dikurniakan hati , mata dan telinga tetapi tidak menggunakannya dengan baik.
  • Tidak mahu mengenal Allah sebagai pencipta
  • Tidak mahu melaksanakan tanggungjawab sebaga hamba Allah SWT.
  • Manusia tidak menggunakan akal , hati , mata dan telinga dengan jalan yang diredhai dianggap sama seperti binatang bahkan lebih dahsyat lagi.



Fungsi pancaindera yang digunakan dengan cara yang betul.

Akal - berfikir tentang sesuatu perkara
  • berfikir tentang kekuasaan Allah SWT
  • berfikir tentang keajaiban ciptaan Allah SWT
  • berfikir tentang cara memanfaatkan ciptaan Allah SWT
  • membezakan antara yang baik dan yang buruk

Hati - keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu perkara

  • memahami maksud keterangan ayat-ayat Allah SWT
  • memahami tentang kebaikkan agama Allah SWT
  • memahami kebaikkan suruhan dan larangan Allah SWT


Mata - melihat sesuatu yang ada disekeliling kita

  • melihat ciptaan-ciptaan Allah yang tiada bandingannya
  • memerhati tanda-tanda kekuasaan Allah SWT
  • melihat dan memahami ayat-ayat suci al-Quran

Telinga - mendengar sesuatu bunyi disekeliling kita

  • mendengar ayat-ayat al-Quran
  • mendengar ajaran-ajaran agama
  • mendengar nasihat-nasihat agama

Penyalahgunaan fungsi pancaindera

Mata - memandang sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah SWT seperti melihat aurat perempuan dan melihat gambar-gambar lucah.

Telinga – mendengar sesuatu perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti mendengar orang mengumpat dan mendengar lagu-lagu yang melalaikan.

Akal – memikirkan sesuatu yang tidak baik seperti fikir bagaimana cara untuk menyebarkan fitnah atau ajaran sesat.

Hati - tidak mahu memahami kebenaran hukum-hukum Islam.

Kepentingan pancaindera


Membuktikan kebenaran dan kekuasaan Allah SWT Sebagai keistimewaan manusia Supaya manusia dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Khalifah 
Allah dengan sempurna. Supaya manusia sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat tersebut Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.


Faktor-faktor yang boleh menyesatkan manusia

  • Iman yang cetek
  • Tidak mahu mempelajari ilmu-ilmu agama
  • Tidak mahu mendengar ceramah-ceramah agama
  • Lebih pentingkan perkara-perkara lain daripada perkara yang berkaitan agama
  • Terikut-ikut dengan golongan yang tidak beriman kepada Allah SWT.

Kesan buruk salahguna nikmat pancaindera anugerah Allah S.W.T.


  • Sangup melakukan pelbagai jenayah seperti jenayah kolar putih , pengklonan manusia.

  • Menghalalkan segala cara untuk mencapai matlamat seperti menindas golongan lemah untuk kepentingan sendiri.

  • lalai mengingati Allah SWT kerana memberi tumpuan untuk memenuhi kehendak hawa nafsu seperti pangkat , kekayaan dan hiburan.

  • Hidup dalam kesesatan seperti melakukan Syirik dan Khurafat.

  • Tidak dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan

(izinkan saya share) msg-cyber