"MANFAAT DARI SEORANG MUSUH"
Adakalanya anda mendapati faedah yang lebih banyak
daripada seorang musuh berbanding seorang sahabat.
Musuh melukaimu dengan KRITIKAN dan BANTAHAN.
Musuh tidak berlembut denganmu sepertimana seorang
sahabat. Lalu, anda mengetahui aib-aib anda.
Musuh menyaingi anda, lalu ia menjadi pendorong semangat
untuk anda mencari yang lebih baik dan bersegera melakukan
perkara-perkara yang lebih mulia.
Musuh membalas kesalahan anda, lalu anda BERSABAR dan
TABAH , lalu anda beroleh pahala orang yang sabar.
Musuh menunjukkan kesilapan anda, lalu anda meminta ampun.
Musuh memberitahu tentang kekurangan anda, lalu anda mem-
betulkannya.
Musuh memberitahu manusia lain akan kesalahan anda, secara
tidak langsung ia telah menyebarkan bagi anda kemahsyuran,
pahala dan peringatan.
Musuh sentiasa mengintai anda, lalu menjadikan anda berhati-
hati dan berjaga-jaga sentiasa.
Adakalanya musuh menyusahkan anda! Lalu anda bersabar
dengannya, maka ia adalah musibah yang diberi pahala jika
anda dapat bersabar.
p/s : musuh yang tak nampak sangatlah berbahaya(musuh dalam selimut)
"batu sampai tapi tangan tak nampak"
"batu sampai tapi tangan tak nampak"
sumber : ''Petua Menjadi Manusia Cerdas" - Dr Aidh al-Qarni