27.9.12

Warna Kehidupan Jangan Dikeluhkan

Alhamdulillah, indah dan uniknya ciptaan Allah. Penuh dengan keperlbagaian dan variasi yang tersendiri. Pada setiap kejadian ada perbezaan dan persamaan yang tidak sama. Walaupun seakan kelihatan sama, namun tetap berbeza. Seperti seorang lelaki dengan lelaki yang lain. Walau kejadiannya adalah sama, namun setiap lelaki tidak sama. Ada perbezaannya. Demikianlah juga perempuan dan seluruh makhluk yang diciptakanNya. Hatta pasangan kembar seiras juga tetap ada perbezaannya walaupun kelihatan sama. Unik kan? Subhanallah... Agung sungguh ciptaan Allah.
Cuba kita renungkan... seorang pereka fesyen, pereka grafik.. pada satu saat akan terasa berat memikirkan idea dan ilham mencari design-design yang terbaru. Kadang-kadang seakan mati akal mencari design yang pelbagai. Tidak mahu design yang sedang disiapkankan mempunyai kriteria yang sama dengan design yang terdahulu. Namun, Allah walau ciptaanNya tidak dapat dihitung lagi, tidak ada satu pun yang sama ciptaannya.

Buktinya, lihat sahaja ibu jari kita. Berjuta, berbilion manusia tidak ada seorang pun yang memiliki garis ibu jari yang serupa. Begitu jugalah Allah ciptakan manusia ini pelbagai ragam. Pelbagai sifat.. Pelbagai perangai..
.MasyaAllah, ajaibnya ciptaan Allah... Penuh dengan warna-warni dalam penciptaanNya.
Kehidupan dan Ujian
Kenapa perlu kita keluhkan..
''Aih... aku tak suka lah cam ni...aku tak suka lah dia tuh... dia tak buat macam ni''
"Aku geram lah dengan dia ni... Pinjam barang tak bagitahu dulu. Lepas tu jadikan hak milik pula"
Kenapa kita marah orang sesuka hati
'' Kau ni kenapa lambat sangat nak faham... kenapa kau macam ni..?''
" Engkau pergi mana tadi? Tahu tak aku dah lama tunggu kat sini?"
Mungkin kita pernah terlepas kata. Mengeluh dan memarahi tanpa usul periksa. Waktu itu, apa yang kita fikir hanya tentang diri kita sahaja. Kita utamakan perasaan kita. Lantas kita luahkan ketidak puasan hati kita. Kita mengeluh. Marah dan berlalu dengan muka masam mencuka.
Kenapa tidak kita nasihati jika sahabat itu melakukan kesalahan? Mengapa tidak kita tanamkan redha pada setiap ujian yang Allah berikan untuk kita? Bukankah setiap apa yang mendatang itu adalah ujian buat kita. Sama ada ujian itu berbentuk nikmat, apatah lagi berbentuk perkara yang tidak kita sukai dan senangi. Mengapa kita tidak muhasabah diri dulu sebelum memuhasabah, memarahi orang di hadapan kita?
Kita terlupa, saat itu sebenarnya Allah menguji keimanan kita. Kesabaran kita. Demikianlah kehidupan dan ujian yang hadir dalam hidup kita. Ujian juga adalah warna- warni yang mewarnai hidup kita. Dan warna warni inilah yang akan mencorakkan kehidupan kita. Jika kita mewarnakan kehidupan kita dengan warna gelap kehitaman, maka lakaran corak hidup kita tidak seindah yang di rasa. Begitu jugalah kehidupan kita, jika kita mewarnakan ia dengan pelbagai warna, maka kehidupan kita pasti menawan rasa.Bukankah pelangi itu indahnya pada biasan warnanya yang pelbagai? Begitulah juga dengan kehidupan.
Jika kehidupan itu diwarnakan dengan pelbagai warna, maka keindahan itulah yang dapat nikmati.
''Dengan Mengingati Allah Jiwa Akan Menjadi Tenang"'
Kadangkala kita terlepas pandang. Apabila ditimpa musibah, kita mendahulukan manusia dari Allah. Sedangkan musibah itu datangnya dari Allah. Maka, mengapa manusia yang perlu didahulukan. Adakah kita lupa tentangnya..???
Istighfarlah sahabat.. Kadang kala hadirnya musibah itu kerana berpunca dari diri kita sendiri. Musnahnya kehidupan flora dan fauna bukan dari sesiapa, tetapi puncanya dari tangan-tangan manusia. Banjir kilat, tanah runtuh, dan pelbagai lagi ujian alam  yang menduga adalah kita pemulanya. Maka, jangan mengeluh jika musibah itu beralih arah kepada diri kita sendiri. Kerana itulah perlunya beristighfar, memohon keampunan kepada Tuhan agar diampunkan segala kekhilafan dan keterlanjuran diri. 
Demikianlah jika ada sahabat-sahabat kita yang membuatkan kita tidak senang dengan sesuatu perkara. Jangan mengeluh dan marah sesuka hati. Mungkin saja ianya sebagai asbab diri kita sendiri. Sebelum kita menuding jari kepada orang di hadapan kita, dahulukanlah menuding jari ke arah diri sendiri.
Jangan juga dipinta seseorang mengikuti kehendak kita sedangkan tahap dirinya tidak tercapai. Tidak termampu olehnya. Mungkin ada sebab sesuatu yang kita tidak tahu mengapa dan kenapa demikian hal yang berlaku. Yang penting, mohonlah keampunan kepada Allah, dan pintalah moga Allah jauhkan kita dari sifat amarah. Sesungguhnya amarah itu adalah dari syaitan dan syaitan itu adalah dari api.
Ayuh muhasabah.. Jangan dikeluhkan ujian yang Allah berikan. Didiklah diri agar bersabar sentiasa dan hiasi hati itu dengan keindahan bersangka baik. Sesungguhnya itulah ciri-ciri mukmin yang membahagiakan dan menyenangkan orang lain. Barangsiapa yang baik akhlaknya di dalam muamalatnya pasti akan dimuliakan oleh orang lain. InsyaAllah~
Warna-warni kehidupan
Wahai sahabat... Cuba kita renungkan bersama. Jika semua orang ragamnya adalah sama sahaja dengan kita.. Apakah akan terjadi dengan kehidupan kita...????
Bosan bukan? Tapi mengapa..??
Kerana tiadanya warna -warni (ujian) yang mewanai kehidupan kita. Kehidupan yang penuh dengan warna warni pasti indah seterusnya akan memberi keindahan dan kebaikan pada sekeping hati (iman). Iman itu jika tiada musibah atau ujian, maka sifatnya hanya mendatar dan mungkin saja akan menurun selayaknya. Namun, sekiranya iman itu dihadirkan dengan ujian dan cabaran, maka iman itu akan meningkat sesuai dengan tahap iman yang ada. Semakin iman itu mantap, maka semakin hebatlah pula ujian yang mewarnainya.
Yakinilah janji Allah bahawa setiap apa yang Dia rencanakan tetap punyai hikmahnya.
Maka, Usah dikeluhkan ujian pada sebuah kehidupan.

-sumber- Artikel iluvislam.com

16.9.12

kehidupan

DALAM meniti liku - liku kehidupan ini, diri
seringkali merasa kecewa. Kecewa kerana
sesuatu yang terlepas dari genggaman,
keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan
yang tidak dapat diterima.. dan akhirnya ia
mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa
dan perasaan.

Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat
diri mengejar segala keinginan dan memang
manusia diciptakan-Nya mempunyai kehendak dan
keinginan. Namun, tidak semua yang diri inginkan
akan tercapai, tidak setiap yang diri idamkan
mampu menjadi realita. Dan, bukan sesuatu yang
mudah untuk sedar dan menerima kenyataan
bahwa apa yang bukan menjadi milik kita tidak
perlu ditangisi. Ramai orang yang tidak sedar
bahawa hidup ini tidak punya satu hukum, iaitu;
diri mesti berjaya, mesti bahagia atau yang
lainnya.

Berapa banyak orang yang berjaya tetapi
lupa bahwa segalanya adalah pemberian Allah
Yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu
membuatnya sombong dan bertindak mengikut
nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak
dihadapi dengan tenang dan sabar, padahal
dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak
tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi hak diri di dunia,
pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang
memang bukan miliknya, ia tidak akan mungkin
di miliki, walaupun ia mungkin telah mendekati diri,
walaupun diri telah berusaha keras
mengusahakannya . Seorang mukmin tidak akan
bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan
sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah
dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan
dari Allah terhadap dirinya.

Wallahu a'lam


13.9.12

10 Nama Malaikat Dan Tugasnya

Pastinya umat islam sudah mengerti apa itu malaikat terutama mereka yang beragama islam. Hari ini Aku nak kongsi Nama - Nama Para Malaikat yang wajib untuk kita beriman dan beribadah kepada mereka selari dengan hukum IMAN yang ke 6.



NAMA - NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA


Nama-nama Malaikat dan tugasnya ada 10, yakni :


1) Malaikat Jibril, tugasnya Menyampaikan wahyu
2) Malaikat Mikail, tugasnya Menyebarkan rezeki dan menurunkan hujan
3) Malaikat Israfil, tugasnya Meniupkan Sangkakala
4) Malaikat Izrail, tugasnya Mencabut nyawa Makhluk hidup
5) Malaikat Raqib, tugasnya Mencatat amal kebaikan manusia
6) Malaikat Atid, tugasnya Mencatat amal keburukan manusia
7) Malaikat Munkar, tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh )
8) Malaikat Nakir, tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh )
9) Malaikat Malik, tugasnya Menjaga pintu neraka10) Malaikat Ridwan, tugasnya Menjaga pintu Syurga


Allah S.W.T. berfirman :

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah Timur dan Barat itu suatu kebaikan, akan tetapi sesungguhnya kebaikan itu ialah beriman kepada Allah, Hari Kemudian, malaikat-malaikat, nabi-nabi …” (QS. Al Baqarah : 177)


“Barangsiapa kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan Hari Kemudian, maka orang itu telah sesat sejauh-jauhnya” (QS. An Nisaa’ : 136)

Rasulullah S.A.W. bersabda ketika Jibril bertanya kepada beliau tentang iman,

“Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, Hari Akhir dan beriman kepada takdir baik dan buruk-Nya” (HR. Muslim no. 8, dari Umar bin Khaththab radhiyallaHu ‘anHu)

Dalam hadits shahih yang lain Rasulullah S.A.W bersabda :

“Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan dari apa yang telah diciptakan kepada kalian” (HR. Muslim no. 2996, dari ‘Aisyah radhiyallaHu ‘anHa)

**gambar diatas adalah gambar hiasan, dimana ketika dulu ada mengatakan gambar tersebut adalah gambar malaikat turun dari langit dan mendarat diatas kaabah, walau bagaimanapun kesahihannya tidak dipastikan.
Apa pun Aku percaya malaikat ada dimana - mana.


8.9.12

Bahayanya Kezaliman

Kezaliman adalah lawan dari keadilan, ada beberapa hadits yang dapat menjadi perenungan kita agar kita tetap berlaku adil dan tidak zalim :

1. "Jauhilah kezaliman, sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat. Jauhilah kekikiran, sesungguhnya kekikiran telah membinasakan (umat-umat) sebelum kamu, mereka saling membunuh dan menghalalkan apa-apa yang diharamkan." (HR. Bukhari)

2. "Barangsiapa berjalan bersama seorang yang zalim untuk membantunya dan dia mengetahui bahwa orang itu zalim maka dia telah ke luar dari agama Islam." (HR. Ahmad dan Ath-Thabrani)

Aku Gagal Genggam Bara Api Sampai Jadi Abu

Aku 
Sedih Malu Celaru Keliru..
Aku terasa diri aku rendah sangat..
kurasakan segala ujian Mu padaku,
mungkin bukanlah aku orang yang selayaknya untuk menanggungnya..
ya Allah..
Kenapa Kau bebani diriku sebegini..
Semakin Berkurangan kudratku untuk menanggung segala
Tomahan,buruk sangka,cemuhan,kutukan 
dan
cacian..
Aku tidak setabah Rasulullah
Aku tidak segagah Khalid
Aku tidak sepintar Salman al-Farisi
Aku tidak setegas Umar
Aku tidak sededikasi Salehuddin
kenapa Kau pilih aku untuk menanggung ujian seberat ini..?
Ya Allah..
Aku ini cumalah hamba yang penuh
silap dan salahnya,
penuh dengan kekhilafan,
penuh dengan kelemahan..
aku tahu,tiadalah layaknya bagiku untuk
mempersoalkan segala ketentuanMu..
tapi..
aku ni cumalah 'Amad',
Yang Semakin tak mampu menahan mehnah ujian Mu..
Ingin saja aku berlari jauh-jauh daripada manusia.
mengasingkan diri, mendekati Mu.
aku ingin meluahkan perasaanku yang terpendam
pada Mu ya Allah..
Masih Layakkah aku ini?,
Insan kerdil yang telah lama melupakan mu.
Terima kasih..
Dugaan Mu,
Ujian Mu,
Mehnah Mu,
membuatkan aku mengenal apa itu Kepayahan,Keperitan Dan keinsafan.


Layari Kehidupan


Sebuah perahu dibuat untuk berada di tengah lautan dan bukan hanya diam di dermaga.


Demikian juga manusia diciptakan untuk mengarungi kehidupan, bukan berdiam dan menunggu kehidupan ini berakhir.


Di dalam mengarungi kehidupan akan banyak ombak dan mungkin badai yang akan dihadapi, tapi itulah seni dari kehidupan.

Teruslah kembangkan layar dan nikmati perjalanan hingga sampai ke tujuan.

Dalam kehidupan jangan takut jatuh dan salah, setiap kesalahan yang pernah kita lakukan adalah bagian dari proses pembentukan kepribadian.


Jangan selαlu menyesali semua kesalahan, tapi jangan ulangi kesalahan. Sesalilah jika semua itu tidak berdampak adanya perubahan.

Mendung diciptakan bukan untuk membuat langit gelap, tapi ia hadir untuk memberi kabar gembira akan sejuknya air hujan yang akan turun.

Luka bukan hanya semata untuk membuat kita tersiksa, tapi ia tercipta, agar kita tersadar bahwa kita hanyalah manusia biasa.

Genggam KEYAKINAN, jangan pernah dilepaskan. Indahnya Kehidupan bukan terletak dari banyaknya kesenangan, tapi terletak pada rasa syukur kita.


p/s : kata-kata yang buatkan aku terkesima,sebab aku  Sendiri masih mencari  Keyakinan Dan Keyakinan itu kian Hilang untuk Layari kehidupan yang semakin singkat ni..

6.9.12

Menjauhi bukan bermakna membenci


Ada PERKARA yang ingin kita BUANG JAUH-JAUH..
kita lemparkan ke hujung dunia, 
kita HAPUSKAN dari minda dan ingatan,
bukan kerana kita MEMBENCI, tetapi kerana menyedari jika kita mengingatinya, hanya membuat kita terikat kepada SEBUAH KESEDIHAN,
jika terus menyimpannya, hanya membuat kita terkaku pada SEBUAH ANGAN-ANGAN.
Bukan membenci,
bukan berputus asa,
cuma SEDAR DAN FAHAM..
ada sesetengah perkara,
memang BUKAN HAK KITA,

MENJAUHI bukanlah bermakna membenci,
cuma untuk mengelakkan HATI dari TERUS TERGURIS dan DISAKITI.
p/s : nak pulih?
lambat..kena ambik masa..masa pun kena beli jugak.. -.-

4.9.12

Siapa yang menanam,dialah yg menuainya

Luangkan sejenak waktu Anda untuk membaca beberapa pohon kebaikan

yang seharusnya Anda tanam setiap saat.



Jika Anda menanam KEBOHONGAN,

Anda akan menuai KETIDAKPERCAYAAN.



Jika Anda menanam KEEGOISAN,

Anda akan menuai KESEPIAN.



Jika Anda menanam KEANGKUHAN,

Anda akan menuai KEHANCURAN.



Jika Anda menanam PERMUSUHAN,

Anda akan menuai MASALAH.



Jika Anda menanam KEMALASAN,

Anda akan menuai KERUGIAN.



Jika Anda menanam KEBURUKAN,

Anda akan menuai perlakuan DIJAUHI ORANG LAIN.



Jika Anda menanam KESERAKAHAN,

Anda akan menuai KEMISKINAN.



Jika Anda menanam FITNAH,

Anda akan menuai MUSUH.



Jika Anda menanam KERISAUAN,

Anda akan menuai KETAKUTAN.



Bila Anda menanam DOSA,

Anda akan menuai rasa BERSALAH.



TETAPI...



Jika Anda menanam KEJUJURAN,

Anda akan menuai KEPERCAYAAN.



Jika Anda menanam KEBAIKAN,

Anda akan menuai TEMAN.



Jika Anda menanam KERENDAHAN HATI,

Anda akan menuai KEBESARAN.



Jika Anda menanam KETEKUNAN,

Anda akan menuai KEMENANGAN.



Jika Anda menanam PERTIMBANGAN,

Anda akan menuai HARMONI.



Jika Anda menanam KERJA KERAS,

Anda akan menuai KESUKSESAN.



Jika Anda menanam hati PEMAAF,

Anda akan menuai PENGAMPUNAN.



Jika Anda menanam KETERBUKAAN PIKIRAN, Anda akan MENUAI ILMU.



Jika Anda menanam KESABARAN,

Anda akan menuai KEBAIKAN.



Manakah yang kita akan tanam?

Terletak di tangan Kita

3.9.12

Sekadar Peringatan Diri Sendiri dan Renungan Bersama

- Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda,
.
Tapi bersedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

- Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda.
.
Tapi bersedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

- Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
 Tapi bersedihlah kerana anda belum buat persiapan.

- Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi bersedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain.
- Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
 Tapi bersedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri.
- Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi bersedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain.
- Jangan sedih orang selalu mengkritik kita..
 Tapi bersedihlah kerana anda tak pernah mahu perbaiki diri.
- Jangan sedih kerana anda selalu jatuh..
Tapi bersedihlah kerana anda tak mahu bangkit kembali.
- Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi bersedihlah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman.
 INGATLAH..Kunci masalah selalu ada dalam diri sendiri, bukan dari luar,atau orang lain..
                        Sekadar MemPeringati Diri Sendiri & Renungan Bersama..