11.6.12

Tadi keluar dengan siapa?

Saya teringat pesanan ibu saya ketika saya sekolah rendah. “Jangan kawan dengan budak-budak jahat, nanti kita pun jadi jahat”. Kata-kata ibu memang selalunya betul. Kemudian bila dah remaja ibu akan tanya “tadi keluar dengan siapa?” Sekarang, bila dah ada keluarga dan anak sendiri, saya juga memberi saranan yang sama kepada anak-anak saya.(eh? aku dah kawin ke? ada anak ke? hehe)

Memang sedikit kasar dan tidak adil jika kita nak menilai orang lain jahat ataupun tidak. Tetapi memang ada budak-budak yang memang degil, tak mendengar cakap, kurang asam (hehehe) dan menyakitkan hati. Kadang-kadang kita akan terserempak dengan bebudak /remaja seperti ini.



Ada orang kata kalau nak tahu keburukan diri kita, tanya pada musuh kita. Maksudnya rakan, musuh, sahabat karib, sepupu, ibubapa dan yang lain-lain disekeliling kita adalah kehidupan kita. Secara tidak langsung mereka ini membentuk diri dan mempengaruhi keputusan yang kita buat. Suka atau tidak suka..kita berkaitan. Malah lebih teruk jika anda tidak memperdulikan langsung mereka yang disekeliling anda.

“Jika anda tidak mendapat satu pun kritikan membina ataupun membunuh. Maka kemungkinannya anda tidak anda berjaya langsung”.
Fahamkan sendiri (hehehehehe)


Sekarang saya selalu melihat kata-kata ibu saya itu dalam kanta yang lebih besar. Kita akan sentiasa saja berkaitan dengan orang disekeliling kita. Kita juga bertanggungjawab kepada membentuk kumpulan komuniti yang kita sertai. Sebenarnya anda adalah penyumbang kepada sesuatu, dan begitu juga sebaliknya persekitaran kita juga akan mempengaruhi gaya hidup dan tindakan kita.

Apa yang saya cuba sampaikan disini, kadangkala kita perlu mendengar dan menilai pendapat orang lain disekeliling kita sebelum bertindak. Keputusan yang anda buat akan lebih tepat jika anda mengambil pendapat seramai mungkin mereka disekeliling.Begitu juga dengan tindakan. Janganlah bertindak sendirian. Cuba dapatkan pendapat orang lain kemudian buatlah tindakan yang sewajarnya.

Pilih dengan siapa kita nak bergaul. Jika anda mahu kejadiannya baik, maka anda perlu bergaul dengan sahabat yang baik. Jika anda mahu kejadiannya tidak baik, pun anda ada pilihan untuk bergaul dengan mereka yang akan membawa anda ke jalan itu.Memang terbukti rakan-rakan banyak mempengaruhi hidup kita semua. Jadi kenali siapa rakan dan musuh anda.

Tadi keluar dengan siapa?