“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata benar atau diam.”,
hadits diriwayatkan oleh Bukhari.
1. Jenis-jenis Diam
Sesungguhnya diam itu sangat bermacam penyebab dan impaknya,
Ada yang dengan diam jadi emas, tapi ada pula dengan diam menjadi masalah, Semuanya bergantung kepada niat, cara, situasi, juga kondisi pada diri dan lingkungannya.
Berikut ini boleh kita lihat jenis-jenis diam:
a. Diam Bodoh
iaitu diam kerana memang tidak tahu apa yang harus dikatakan. Hal ini boleh kerana kekurangan ilmu pengetahuan dan ketidak pahamannya, atau kelemahan pemahaman dan alasan ketidakmampuan lain,
Namun diam ini jauh lebih baik dan aman daripada memaksakan diri bicara seperti tahu segalanya.
b. Diam Malas
Diam jenis ini adalah keburukan, kerana diam pada saat orang memerlukan pandangan/percakapanya, dia enggan berbicara kerana merasa sedang tiada mood, tidak berselera atau malas.
c. Diam Sombong
Ini pun termasuk diam negatif kerana dia bersikap diam berdasarkan anggapan bahawa orang yang diajak bercakap tidak sama level dengannya.
d. Diam Khianat
Ini diam jahat kerana dia diam untuk mencelakakan orang lain, Diam pada saat diperlukan kebenaran yang menyelamatkan adalah diam yang keji.
e. Diam Marah
Diam seperti ini ada baiknya dan ada pula buruknya, yang baiknya adalah jauh lebih terpelihara dari perkataan keji yang akan lebih mengeruhkan suasana. Namun, yang buruknya adalah dia berniat bukan untuk mencari penylesaian tapi untuk memperlihatkan kemarahannya, sehingga diamnya itu menambah masalah.
f. Diam Utama (Diam Aktif)
Yang dimaksudkan diam keutamaan adalah bersikap diam hasil dari pemikiran dan renunggan niat yang membuahkan keyakinan bahawa engan bersikap menahan diri (diam) maka akan menjadi masalah lebih besar dibanding dengan berbicara.
2. Keutamaan Diam Aktif
a. menyembunyikan Masalah
Dengan memilih diam aktif, kita akan menyembunyikan kata-kata yang berpeluang menimbulkan masalah.
b. terhindar dari Dosa
Dengan diam aktif maka peluang terlepas kata yang menjadi dosa pun tiada, terhindar dari kesalahan kata yang menimbulkan kemurkaan Allah.
c. Hati Selalu Terjaga dan Tenang
Dengan diam aktif bererti hati akan terjaga dari riak, ujub, takabbur atau pelbagai penyakit hati lainnya yang akan mengeraskan dan mematikan hati kita.
d. Lebih Bijak
Dengan diam aktif bererti kita menjadi pendengar dan pemerhati yang baik, diharapkan dalam menghadapi sesuatu persoalan, pemahamannya jauh lebih mendalam sehingga membuat keputusan pun jauh lebih bijak dan arif.
e. Hikmah Akan Muncul
Yang tak kalah pentingnya, orang yang mampu menahan diri dengan diam aktif adalah bersinarnya kalbu, memberikan idea dan cadangan yang cemerlang, hikmah tuntutan dari Allah S.W.T menyelubungi hati, lisan, serta sikap dan perilakunya.
f. Lebih Berwibawa
Tanpa disedari, sikap dan penampilan orang yang diam aktif akan menimbulkan kewiibawaan tersendiri, Orangnya akan jadi lebih segan untuk mempermainkan atau meremehkan.
Selain itu, diam aktif merupakan keupayaan menahan diri dari beberapa hal,
seperti:
1. Diam dari bercakap bohong
2. Diam dari perkataan sia-sia
3. Diam dari komen spontan dan ucapan mengarut
4. Diam dari kata-kata yang berlebihan
5. Diam dari keluh kesah
6. Diam dari niat riak dan ujub
7. Diam dari kata yang menyakiti
8. Diam dari tak tahu tapi buat-buat tahu
Ketahuilah, bahawa lisan/percakapan itu amat besar bahayanya.
Tidak ada orang yang boleh selamat darinya, kecuali dengan diam, oleh sebab itulah agama memuji sikap diam bahkan menyarankannya.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :
“Barang siapa diam, nescaya akan selamat”
Dalam sabdanya yang lain :
“Diam adalah kebijaksanaan, dan sedikit orang yang mampu melakukannya”.
Maksudnya, diam itu kebijaksanaan dan keteguhan.
Rasulullah berkata,
“Barang siapa banyak bicara, nescaya banyak kesalahannya.
“Barang siapa banyak kesalahannya, nescaya banyak dosanya.
“Barang siapa banyak dosanya, maka neraka lebih utama baginya.
Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah s.a.w. berkata ,
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat,hendaklah berkata benar atau bersikap diam!”
Mudah-mudahan kita menjadi terbiasa berkata benar atau diam. Semoga Allah merahmati kita hingga akhir hayat nanti, saat ajal menjemput, lisan ini diperkenankan untuk mengantar pergianya roh kita dengan sebaik-baik perkataan iaitu kalimat tauhiid “laa ilaha illallah” puncak perkataan yang menghantarkan ke syurga. Aamiin
semoga bermanfaat.
boleh paham tak,
kalau tak paham jugak klik link ni moga paham(DIAM ADA MAKNA)
diterjemahkan oleh ku dari Fatien Azieana(indonesia/singapore)