Assalamu'alaikum warohmatullaahi wabarokatuh
Perkongsian:
Kita Lupa Dia akan Marah
Semalam kita hidup.
Hari ini kita diizinkan bangun.
Dosa-dosa semalam belum kita usaha untuk ianya diampunkan.
Hari ini kita tambah lagi dosa-dosa kita. Luka semalam belum kita ubati,hari ini kita tambah lagi luka-luka di dalam hati.
Kita rasa senang dengan kehidupan penuh ketidak kisahan ini.
Kita rasa terbuai dengan kealpaan ini.
Esok masih ada.
Esok boleh taubat.
Allah itu Maha Pengampun,tak mengapa buat dosa banyak-banyak.
Kita lupa bahawa,ada satu hari,Allah akan melepaskan kemarahan-Nya tanpa tertahan-tahan.
Allah Yang Maha Penyayang.
Allah tiada tandingan,Dalam apa jua medan,Allah SWT adalah yang terhebat.
Hal ini kerana Dia adalah pencipta yang Maha Perkasa,Maha Bijaksana,Berkuasa Atas Segala-galanya,dan tiada siapa mampu menyaingi-Nya.
Dalam keperkasaan-Nya yang tiada tandingan itu,Allah SWT juga adalah yang Maha Penyayang,Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
Dalam medan ini juga, tiada siapa dapat menandingi Allah S.W.T.
Lihatlah kasih sayang Allah S.W.T.
"Aku adalah sebagaimana hamba-Ku sangkakan mengenai Ku,dan Aku bersamanya ketika mana dia mengingati Ku.
Sekiranya dia mengingati-Ku dalam satu majlis,maka Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih mulia lagi.
Sekiranya dia mendekatiku sejengkal,maka Aku akan mendekatinya sedepa.
Sekiranya dia mendekati-Ku sedepa,maka Aku akan mendekatinya lebih daripada itu. Sekiranya dia datang mendekati-Ku dalam keadaan berjalan,maka Aku akan mendekatinya dalam keadaan yang pantas"
(hadith riwayat Muslim)
"Allah memanjangkan tangan-Nya pada waktu malam untuk mengampunkan pembuat dosa di waktu siang dan Allah memanjangkan tangannya pada waktu siang untuk mengampunkan pembuat dosa pada waktu malam sehinggalah terbit matahari dari barat"
(Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim.)
"Barangsiapa yang bertaubat sebelum terbitnya matahari dari barat,maka taubatnya akan diterima"
(Hadith riwayat Ahmad dan Muslim.)
Siapakah yang mengambil peluang?
Tapi kita mengkhianati kasih sayang-nya
Tetapi bagaimanakah pula layanan kita kepada Allah SWT?
Bila kita berdosa,kita tidak pergi pada keluasan keampunannya.
Kita hanya menjadikan keampunan-nya yang amat luas itu sebagai alasan untuk kita terus melakukan dosa, pengingkaran dan kemaksiatan.
Manusia jenis apakah kita ini?
Perasankah anda,berapa umur anda sekarang?
20 tahun? 40 tahun? 60 tahun?
Kiralah berapa hari anda telah tidur dan Allah izinkan anda bangun kemudian anda melakukan dosa pada hari yang Allah hadiahkan untuk anda itu seterusnya anda tidur lagi dalam keadaan tidak bertaubat seakan-akan anda yakin dengan 100% keyakinan bahawa anda akan datang kepada hari anda membaca artikel saya sekarang ini.
Lihat,Betapa tidak sensitifnya kita kepada Allah S.W.T.
Betapa angkuhnya kita kepada Dia.
Betapa kita ini telah mengkhianati-Nya.
MasyaAllah.
Ada satu hari nanti dia akan marah semarah-marahnya
Itulah dia hari akhirat.
Hari Allah SWT akan membalas segala perbuatan manusia.
Baik dan buruk pada hari itu tidak akan mendapat belas kasihannya kecuali yang terpilih sahaja.
Pemeriksaan Allah pada hari itu akan tersangat-sangat ketat tanpa ada perlonggaran.
Hingga ada orang yang ingkar didunia berharap bahawa dia sebelumnya adalah tanah.
"iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu):
"Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)"
(Surah An-Naba’ ayat 40.)
Pada hari itu tiada lagi peluang untuk yang melupakannya di dunia.
Allah akan melupakan mereka itu dan tidak mengisahkan pula urusan mereka.
Bahkan,Allah menambah pula kesusahan manusia-manusia ingkar ini dengan kesusahan yang melampau pada hari itu.
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu,maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit,dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta"
Ia berkata:
"Wahai Tuhanku,mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta,padahal aku dahulu melihat?"
Allah berfirman:
"Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu,lalu engkau melupakan serta meninggalkannya,dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".
(Surah Toha ayat 124-126)
Allah tidak akan menutup aib mereka yang tidak pernah merasa malu dengan dosa mereka. Semuanya akan ditayangkan.
Pada hari ini,manusia-manusia yang soleh juga kerisauan.
Hatta para Rasul dan Nabi juga gementar.
Mereka takut dengan kemurkaan Allah dalam keadaan mereka itu memang orang yang taat dan bersih.
Apatah lagi manusia yang selama hidupnya ingkar kepada Allah SWT.
Allah akan marah semarah-marahnya hari itu.
Tiada lagi ikhtiar,dipadam segala peluang untuk bertaubat dan mengumpul amal.
"Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum terbitnya matahari dari barat.
Ketika matahari terbit dari barat,semua manusia akan beriman.
Tetapi pada hari itu tidak bermanfaat lagi iman seseorang untuk dirinya apa yang belum diimani sebelum itu,atau kebaikan yang belum diusahakan semasa keimanannya dahulu"
(Hadith Riwayat Bukhari)
Hari itu tidak jauh.
Jangan fikir anda banyak masa.
Bila disebut hari kiamat,hari akhirat,ramai yang menyangka ianya panjang dan masih jauh. Tetapi hakikatnya kiamat itu amat dekat.
Dekat untuk setiap orang.
Hal ini kerana,tiada siapa tahu bila nyawanya terhenti.
"Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku),Sedang Kami memandangnya dekat,"
(Surah Al-Ma’arij ayat 6-7)
Ada orang bermain dengan gembira,sihat walafiat di tengah padang bola,meninggal tiba-tiba.
Ada seorang sheikh,sedang memberi ceramah dalam keadaan sihat,malah sedang menuturkan kalam,tiba-tiba terdiam dan jatuh meninggal dunia. Ada orang yang sedang memandu,berhenti di lampu isyarat,tiba-tiba didapati dia tidak bergerak-gerak walaupun lampu sudah hijau,bila diperiksa dia telah meninggal dunia.
"Dan (ingatlah),Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam Pengetahuannya mengenai segala yang kamu kerjakan."
(Surah Al-Munafiquun ayat 11)
Apakah ini?
Bagaimana kita sangat yakin bahawa kita akan hidup sampai 10 tahun lagi. Bagaimana agaknya kita sangat yakin bahawa petang ini masih milik kita?
Tetapi kita tidak peduli.
Kita tidak pernah hendak memandang atau mengambil berat perkara ini.
"Ah,tak apa,Allah Maha Pengampun"
"Tak apa, esok ada lagi"
Dan hakikatnya kita telah mengkhianati kasih sayang Allah. Kita seakan-akan telah menempah kemurkaannya pada hari Dia akan murka semurka-murkanya.
Penutup: Apakah belum tiba masanya wahai manusia?
Belum tibakah masanya kita tunduk?
Belum tibakah masanya kita taat?
Kenapa kita masih boleh berkira-kira untuk menyerahkan diri kita kepada Allah S.W.T? Kenapa kita seakan-akan lebih mempercayai dunia yang akan hancur ini berbanding Allah S.W.T yang Abadi?
"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka."
(Surah Al-Hadid ayat 16)
Ingatlah bahawa akan ada satu hari Allah akan benar-benar marah.
Hari Dia akan memalingkan wajahnya.
Dan ketika itu kita hanya menanti dilemparkan ke neraka sekiranya kita tidak mempersiapkan jiwa kita sedari saat ini.