17.11.12

peringatan buat diriku selalu

Alhamdulillah. Sejak akhir-akhir ini di Malaysia khususnya, kesedaran orang ramai terhadap Islam semakin mendapat tempat di hati. Masing-masing ingin melakukan sesuatu terhadap Islam, baik di blog mahupun di luar sana..

Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam memberi kefahaman yang benar terhadap Islam baik kepada bukan Islam mahupun kepada umat Islam sendiri.

Kefahaman mengenai kebenaran Islam hanyalah melalui Al-Quran dan Sunnah. Bagi mereka yang ingin beroleh pahala dan bersama dalam perjuangan Islam tidak boleh lari dari Al-Quran dan Sunnah.

Terjemahan : AQ 16:44 :

..... Dan Kami turunkan kepadamu 'adz-Dzikr' (Al-Quran dan Hadith), agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan....

Oleh itu sebarkanlah kefahaman yang benar mengenai Islam dan bukannya sebarkan kesalahfahaman mengenai Al-Quran dan Sunnah.

Salah satu caranya adalah Tidak Menyebarkan Apa Saja yang didengari dan dibaca Kecuali Memastikan Dulu(teliti dahulu) ia bertepatan dengan kebenaran Al-Quran dan Sunnah. Ini kerana kebenaran Islam sama sekali Tidak Bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah yang sahih.

Terjemahan hadith: Dari 'Abdullah bin 'Amru ra: Nabi saw bersabda,
"Sampaikan dariku sekalipun satu ayat dan ceritakanlah (apa yang kalian dengar) dari Bani Isra'il dan itu tidak mengapa (Israiliyyat)). Dan BARANGSIAPA YANG BERDUSTA atasku dengan sengaja maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka". Sahih Bukhari [3202]


Boleh saja kita menyampaikan dari Rasulullah saw, Tetapi barangsiapa yang Tidak pasti, Tidak tahu, Ragu akan kesahihan sesebuah hadith, Haram menyebarkannya kerana ancaman neraka tersebut.

Walaupun yang anda kongsikan itu dari FB para ustaz dan sebagainya. Pastikan dahulu kebenarannya. Bertanya dan belajarlah, dengan itu semoga kita tetap bersama dalam berlumba-lumba melakukan kebaikan.

sumber:maksud hadith (facebook)