- Aku belajar menjadi budak yang matang menilai erti kehidupan kerana kebudak-budakkan hanya akan menjadikan aku berfikir dalam ruang yang menyesakkan nafasku menghadapi ujian kehidupan.
- Aku belajar melupakan tentang perasaanku walaupun usiaku masih bermain dengan hati sendiri kerana aku ingin menyerahkan perasaanku hanya pada Dia yang menentukan.
- Aku belajar menjadi insan yang belajar apa itu erti semangat yang kuat,kerana berputus asa hanya akan memimpinku kearah kebinasaan, yang mematikan roh pemilik jasad yang masih bernyawa.
- Aku belajar meyakini sebuah cita-cita yang masih di langit dan tidak lagi kurasa tetapi ku yakini ia akan hadir kerana aku menyakini janjinya.
- Aku belajar dari sebuah kegagalan semalam yang aku terima sebagai tanda redha atas ketentuannya dan sebagai tanda aku mengakui bahawa aku hanya insan biasa.
- Masih banyak yang aku perlu belajar dan terus belajar dan kadang-kadang hal yang menyedihkan terjadi disebabkan aku lupa apa yang aku belajar dari kehidupan sebelum ini. =)
|