Apabila diingatkan tentang janji Allah S.W.T kepada orang-orang yang
beriman dan bertakwa iaitu kesudahan yang baik, maka katakanlah :
"Kesudahan yang baik itu hanyalah di akhirat nanti."
Jika diajukan pertanyaan :
"Bagaimanakah Allah boleh melakukan demikian
kepada para kekasihnya dan golongan yang benar.? Orang yang tidak
mengakui bahawa setiap perbuatan Allah mengandungi hikmah dankebaikan akan menjawab:
"Allah bebas melakukan dan menentukanapa sahaja kepada semua makhluknya."
Tetapi orang yang mengakui bahawa semua perbuatan Allah
mengandungi hikmah dan kebaikan akan menjawab:
"Allah menetapkan yang sedemikian kepada mereka untuk menguji
kesabaran mereka dan memberi mereka pahala dan darjat yang tinggi,serta akan menyempurnakan ganjarannya tanpa hisab."
Setiap orang memiliki jawapan dan penilaian tersendiri tentang
tindakan Allah. Hal itu bergantung pada sejauh mana dia mengenal
ALLAH serta memahami nama, sifat dan kebijaksanaanNYA.
Sedarlah wahai insan yang sedang mengalami musibah!
Sesungguhnya, itu ujian daripada Allah S.W.T.
Dia ingin melihat kesungguhanmu dan kesabaranmu.
Adakah kamu bersungguh-sungguh mendatangi dan mendekatinya?
Lalu kamu bersabar atas ujian yang menimpamu sehingga kamu
mendapat kesudahan yang baik atau sebaliknya kamu Bberputus asa dan kembali berbuat maksiat??
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)
KENAPA AKU DIBERI UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Al-Imran ayat 200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..
(Surah At-Taubah ayat 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain darinya. Hanya kepadanya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)
Sumber petikan:
"Ya Allah! Kenapa Aku DIUJI?"
Ibn Qayyim al-Jawziyyah,ms:9-10