23.8.12

Jiwa entah kemana

Buku yang dari tadi ku pegang untuk ku baca tidak lagi aku hiraukan. Jasad masih di sini. Roh entah kemana. rio di jenirio agaknya... 
Impianku sejak kira-kira 4 tahun lalu. Masih tersemat kemas dalam poket harapan.
Mungkinkah tertunai suatu hari nanti? Wallahu'alam. Ada rezeki tak ke mana kata orang. Hati aku masih menafikan kenyataan yang masih belum pasti kesahihannya. Aku cuba untuk bersangka baik sahaja.
Teringat pula aku pada kata-kata sepupu ku kelmarin,
"Di negara ni, kita hanya imigran.Orang asing yang tidak dihalau keluar."
Kadang-kadang lucu juga teringatkan kata-kata itu. Masakan aku yang berstatus 'warganegara Malaysia' dicop sebagai 'imigran'. Namun,itulah realitinya. Mungkin kerana bapaku masih berstatus 'bukan warganegara'. Di titik itu jualah banyak persoalan yang datang hinggap di mindaku. Jikalau aku dicop sebagai imigran, sudah tentu banyak masalah yang akan timbul.

 Akalku mulai ligat berfikir bagai keretapi yang sedang meluncur. Denyut jantung memang sudah tak teratur lagi. Bagaikan ada bertan-tan batu menghempap tubuhku. Hingga menggugurkan jantung, tersembam mencium bumi. Berkecai dan bersepai hilang entah ke mana.
Detik itulah juga aku mula bersangka buruk. Bagaimanakah masa depanku? CEO? tukang kebun? pencacai?
Arghhhh! Soalan itu tak mampu aku jawab. Andaikan itu soalan rintihanku, aku biarkan kosong. Warna putih kertas sahaja. Memang aku tidak tahu. Mungkin aku hanya boleh memberi jawapan ini
"Kau tanyalah pada masa depan, Mungkin mereka mengetahui."
Dunia memang tidak adil. Tentunya. bila dunia akan adil? Akhirat esok sajalah yang adil. Undang-undang manusia yang kian berubah memang membuatku buntu.
Astaghfirullahal'aziim..

'Ya Allah, sememangnya ujianMu ini cukup berat untukku..
Sebak aku tahan, tersangkut di dada. Sejak itu jugalah aku sibuk memikirkan hal itu! Salah kalau orang menganggap aku menyesal! Aku tak menyesal dengan keadaan aku sekarang.. masih bernyawa ni pun aku dah cukup bersyukur.