17.11.12

Duhai Kawan


Kawan


  •  Jangan kita sangka kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa.
  •  Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji.
  • Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.


H a k i k a t n y a ..

  •  Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga.
  •  Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga.
  •  Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka.
  •  Kawan kita itu bukanlah 'malaikat'.
  •  Dia juga manusia.
 Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama- sama.




DALAM PERSAHABATAN,BERTEMU DAN BERPISAH ADAT MANUSIA BIASA,HILANG DI MATA TAPI DI HATI TIDAK LUPA,SEMOGA KITA JALINKAN UKHUWAH SETIAP MASA DAN TERUS JADI SAHABAT SAMPAI KE SYURGA TERIMA KASIH KERANA MENJADI SAHABATKU...(utk mu sahabatku, terima kasih) Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si harimau belang, Dua tiga boleh ku cari, Mana nak sama dirimu itu seorang ;)