''Aku tertekan la semalam aku putus cinta..''
''Semalam kawan aku fitnah aku depan cikgu..''
''Lukisan aku tapi orang lain dapat nama''
''Semalam kawan aku fitnah aku depan cikgu..''
''Lukisan aku tapi orang lain dapat nama''
Pernah tidak anda lalui saat seperti itu? Itulah antara situasi apabila diri dikhianati. Saat kita menyebut-nyebut tentang khianat mesti rasa sakit hati, marah dan sebagainya. Setiap orang pasti pernah merasai perasaan dikhianati.
Khianat boleh terbahagi kepada beberapa jenis antaranya tipu, menyakiti fizikal dan mental, mempermainkan perasaan dan sebagainya. Pernahkah anda merasai perasaan sebegitu? Hampir 80% manusia di muka bumi ini pernah melalui saat ini. Manakala 20% pula datangnya dari golongan mereka yang menyakiti dan mengkhianati.
Motif di sebalik mengkhianati orang lain ini hanya empunya diri sahaja yang tahu. Mungkin kerana hendak berseronok? Mungkin juga faktor terdesak? Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang terlintas di hati mereka. Penyebab yang utama ialah hati. Ada sesuatu di hati mereka yang membuatkan diri mereka terasa teruja hendak mengkhianati orang lain. Dalam hati mereka ada perasaan dengki dan dendam terhadap mangsa yang disakiti. Apa yang mereka rasai selepas mengkhianati perasaan orang ialah PUAS.
Apa yang mereka PUAS sebenarnya?
Nafsu mereka yang puas. Hati yang penuh rasa iri hati, dendam, dengki dan sebagainya itulah yang akan rasa puas. Walhal mereka sebenarnya menambah sesuatu perasaan tidak tenang dalam diri. Mungkin hari ini mereka puas setelah menyakiti hati orang tapi hari seterusnya merekalah akan menjadi orang yang paling sakit, iaitu sakit di lubuk hati mereka. Pada saat itulah mereka akan menjadi orang yang paling sakit di jiwanya akibat perbuatannya itu.
Mahukah kita menjadi orang yang mengkhianati orang lain? Semata-mata untuk 'tenangkan' nafsu dalam diri ini? bukan sekali nafsu inginkan kita berbuat begitu pada orang malahan nafsu inginkan perkara seperti itu berulang-ulang kali supaya senantiasa puas dan 'tenang'.
Bukan ingin menyalahkan nafsu, bukan ingin menyalahkan sesiapa tetapi salahkan diri sendiri. Mahukah kita menzalimi diri sendiri dengan membiarkan diri melakukan perkara begitu? Kasihan pada diri sendiri..itu yang lebih utama
Kebanyakan orang sekarang sanggup membiarkan diri berada dalam kezaliman. Kezaliman pada diri sendiri. apabila sudah tiada perasaan kasih sayang pada diri, sudah pasti tidak akan ada kasih sayang pada orang lain. Perkara itulah yang membuatkan diri rasa seperti hendak menyakiti orang lain dengan mengkhianati mereka.
Fikir-fikirkanlah kembali adakah dengan berbuat begitu apa faedah yang kita akan dapat selain memuaskan nafsu jahat sendiri? Tiada jawapan untuk soalan sebegini kerana memang tiada jawapan. Hanya orang yang mengkhianati orang dapat menjawab soalan ini.
Jika bertanya kepada diri saya sendiri adakah saya pernah dikhianati, mustahil untuk saya katakan tidak. sememangnya pernah dikhianati tetapi apa yang saya buat untuk mengatasinya? Jika anda melalui perkara yang sama, boleh cuba tips berikut:
1) Jika sedih, lepaskan perasaan sedih itu dalam sehari. Selepas itu carilah bahan bacaan yang memotivasikan diri. Bahan bacaan yang terbaik ialah al-Quran. cuba dan buat!
2) Jika rasa pedih di hati. jumpa dengan orang yang mengkhianati kita, dan luahkan apa yang terpendam di hati. Lepaskan semuanya. (jangan melampaui batas)
3) Jika rasa dia masih menganggu anda boleh cuba keringkan hati dan abaikan dia, jangan sesekali beri PELUANG . Jangan sesekali! Jika beri peluang, tidak mustahil untuk disakiti lagi.
4) Kesan yang besar dalam hidup kita. Jangan paksa diri untuk melupakan orang tersebut, tetapi simpanlah dalam diari hidup supaya berhati-hati dengan orang seperti itu dan jadikan kisah sebagai pengajaran.
5) Jangan lupakan doakan orang tersebut. Pohonkan pada Allah, moga dilembutkan hatinya agar mudah menerima nasihat dan pandangan. Walaupun orang tersebut telah mengkhianati anda, doakan sahaja kebaikan untuknya. Ingat, sekalipun orang melakukan kejahatan kepada kita, balas la ia dengan kebaikan. Sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskann kejahatan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Bertaqwalah kepada Allah walau di mana jua kamu berada, dan turutilah segala kejahatan yg kamu lakukan itu dengan kebaikan, nescaya ia akan menghilangkan kejahatan tersebut. Dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yg mulia."(Hadis Riwayat At-Termizi dan Ahmad)Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Walaupun hadis di atas menfokuskan kepada kejahatan (sesetengah ulamak mentafsirkannya sebagai dosa kecil) yang kita sendiri lakukan, maka boleh terhapus dengan kebaikan yang kita lakukan.. Namun point yang utama di sini juga "sesungguhnya kejahatan itu akan dapat di'kalahkan' dengan kebaikan.
Sebagai orang yang dikhianati jangan kita pula menjadi seperti mereka iaitu membalas dendam. Automatiknya kita juga yang akan menjadi orang yang mengkhianati. Mahukah kita? Jauhkanlah diri daripada rasa perasaan seperti itu. Jauhkan juga diri daripada penyakit hati seperti itu. Percayalah, bukan kepuasan dan ketenangan hakiki yang akan dicapai.
Nasihat untuk sesiapa sahaja yang pernah mengkhianati dan dikhianati, kunci utamanya ialah sabar dan cuba bertenang. Fikirkan apa yang anda miliki sekarang dan cuba bersyukur iaitu dengan memuji Allah atas apa jua yang berlaku.
Benar, jika syukur dengan apa yang kita ada hati akan rasa gembira dan tenang juga akan menyapa. Sabar untuk yang dikhianati. Sabar itu satu nikmat. Untuk capai nikmatnya kesabaran itu, sabarlah dulu.
Firman Allah yang bermaksud:
"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) ata apa yang mereka katakan. Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbena, dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di ujung siang hari, agar engkau merasa tenang"sumber : iluvislam
(Surah Taha ayat 130)