4.12.12

Antara sikap - sikap orang yang berjaya

Kejayaan dan kegagalan semua terpulang kepada sikap diri kita.
Sikap ni sukar dibentuk dan diubah.
Tapi kajian mendapati , cara paling mudah untuk mengubah sikap kita ni , ialah dengan mengubah sikap buruk dengan sikap yang lebih baik dan bagus.
Once you have archieved this, success is easily archieveable.



Antara sikap - sikap orang yang berjaya ialah:

1. Orang yang berjaya , mestilah memahami objektif yang ingin dicapai. Mereka mestilah berusaha setimpal dengan apa yang dia inginkan , barulah tercapai objektifnya.

2. Orang - orang yang berjaya , pandai membuat keputusan dengan cepat dan ikut panduan yang diberikan. Jika keputusan terpaksa ditukar , mereka akan berfikir panjang sebelum mengubah keputusan.

3. Orang yang berjaya , ialah seorang pendengar yang bijak. Orang seperti ini , bukan sahaja mendengar , malahan memahami apa yang cuba disampaikan.

4. Orang yang berjaya , merancang setiap aktivitinya . Orang ini , akan list down kerja yang patut dibuat keesokkan harinya .

5. Orang yang berjaya , tidak takut untuk berubah untuk mencuba sesuatu perkara yang boleh memberi manfaat pada diri dan keluarganya.

6. Matlamat orang berjaya , bukanlah sekadar menyiapkan tugasannya , malahan mencuba buat yang terbaik. Apabila mereka ini diberikan tugasan , mereka akan buat dengan bersungguh - sungguh dan tidak akan diganggu oleh orang disekitarnya.. Walaupun mereka diberi tugasan yang mereka tidak sukai , mereka tetap melaksanakannya . Senang cerita, mereka nak perfect je la 

7. Orang yang berjaya ,ialah seorang yang kerjakuat , sistematik , dan mendetailkan segala apa yang dilakukan.

8. Orang yang berjaya , akan sentiasa mengingatkan diri sendiri. Mereka akan memotivasikan diri sendiri supaya tak cepat give up dan percaya yang mereka boleh melakukannya .

9. Orang yang berjaya , percaya akan diri sendiri. Mereka sentiasa membayangkan kejayaan . Secara tak langsung , ianya terus mendorong mereka membuat yang terbaik dalam setiap yang dilakukan.

10. Orang yang berjaya , sentiasa bersemangat , bertenaga dan bersedia.

11. Orang yang berjaya , mempunyai misi dan visi tersendiri. Mereka bekerja untuk mencapai sesuatu dan bukanlah semata- mata kerana duit.

12. Orang yang berjaya adalah sangat sistematik dan berdisiplin.

13. Dan yang terakhir ialah , orang yang berjaya akan sentiasa mencari jalan untuk berjaya , dan kegagalan bukanlah penyebab jatuhnya semangat.

Terima kasih fatin azieana ;)